BLOOD BROTHERS: BARA NAGA BAKAL GEGAR NETFLIX GLOBAL BERMULA 10 OGOS 2025!


Selepas mencetuskan fenomena di layar perak tempatan, filem aksi Blood Brothers: Bara Naga kini bersedia menembusi pentas antarabangsa apabila ia bakal ditayangkan secara eksklusif di Netflix seluruh dunia bermula 10 Ogos 2025.

Diarahkan oleh dua pengarah terkenal, Syafiq Yusof (Sheriff: Narko Integriti, Polis EVO 3) dan Abhilash Chandra (The Experts, Polis EVO 3), filem ini memaparkan kisah dendam dan persaudaraan yang diuji hingga ke tahap paling brutal.

Kisah Ariff & Ghaz: Dari Saudara Jadi Musuh

Filem ini mengikuti perjalanan Ariff, seorang pengawal peribadi elit lakonan Syafiq Kyle, yang terperangkap dalam kancah konspirasi apabila difitnah melakukan jenayah. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa berdepan dengan sahabat baiknya, Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad, yang kini menjadi seteru utama.

Selain Syafiq dan Sharnaaz, barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham turut menghidupkan naskhah ini dengan karakter penuh intensiti dan jiwa.


Dari Layar Malaysia ke Pentas Dunia

Mengulas mengenai tayangan global di Netflix, Syafiq Yusof berkata: “Saya sangat gembira kerana filem ini akhirnya dilancarkan di Netflix. Ia bukan sahaja membuka ruang tontonan kepada penonton Malaysia yang terlepas peluang di pawagam, tetapi juga membawa karya ini ke pentas antarabangsa.”

Bagi Abhilash Chandra pula, Blood Brothers ialah simbol cinta terhadap sinema aksi tempatan. “Filem ini dihasilkan oleh lebih 200 anak tempatan, dengan usaha penuh minat dan kasih sayang selama dua tahun. Kami harap dengan tayangan lebih luas ini, dunia dapat melihat kehebatan sinema aksi Malaysia,” ujar beliau.

Turut sama menzahirkan rasa bangga, Sharnaaz Ahmad menyatakan: “Menjadi sebahagian dari filem ini adalah satu penghormatan. Saya harap ia akan memberikan hiburan dan debaran kepada penonton global bila tiba di Netflix.”

Filem Aksi Tempatan Paling Laris Tahun Ini

Selepas mencatat kutipan tertinggi di pawagam, Blood Brothers: Bara Naga kini bersedia untuk menyambung gelombang kejayaannya secara penstriman — menjadi naskhah wajib tonton tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Netflix MY di Facebook, Instagram, X, dan TikTok

Tarikh tayangan global: 10 Ogos 2025
Platform: Netflix


Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

PESTA BUDAYA BON ODORI KE-49 2025 BAKAL MEMERIAHKAN SUNWAY CITY KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI