DiA MISHA OMAR: SIMFONI CINTA, EMOSI & KISAH 23 TAHUN PERJALANAN SENI


Misha Omar bukan sekadar membuat pengumuman, beliau menghadiahkan sebuah janji yang bakal terpahat dalam sejarah seni Malaysia. DiA Misha Omar, sebuah konsert berskala besar yang akan berlangsung di Mega Star Arena, bakal menjadi manifestasi perjalanan panjang, penuh warna-warni dan ketulusan seorang penghibur yang kekal relevan selama lebih dua dekad.

Sejak kejayaan Misha Omar Back To Basic, pemilik tiga kali trofi Vokal Terbaik AJL ini terus mengukuhkan namanya dengan melahirkan Break, sebuah single jujur dan tajam emosi. Tanpa berlengah, beliau mengumumkan DiA Misha Omar — konsert yang bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah penceritaan hidup.

Apa Sebenarnya ‘DiA’?

Konsert ini bukan sambungan kepada showcase terdahulu, tetapi satu keraian seni — meraikan muzik yang kekal mekar dan menghargai sokongan peminat selama 23 tahun. Misha Omar memilih untuk jarang berkonsert, namun setiap kali beliau muncul, naskhahnya berbicara jauh lebih dalam.

Dibawakan oleh Double M Productions bersama Altus Prohouse, konsert ini diarahkan secara teknikal oleh Simon Khoo, dikemudi dari sudut vokal oleh Datuk Syafinaz, diperkaya secara musikal oleh Sze Wan, dan diperindah artistik oleh Hamzah Tahir. Tidak keterlaluan untuk menyebut, DiA Misha Omar adalah sebuah produksi bertaraf legenda.


Altus Prohouse memberi jaminan bahawa malam tersebut akan menjadi sesuatu yang “tidak pernah dirasai” oleh peminat sebelum ini. Ia tentang semangat, nilai, dan simfoni antara Misha dan peminatnya — dari Bunga-Bunga Cinta ke Break. “Kami mahu anda merasai semula Rasa Itu,” ujar Misha penuh harapan.

Beliau juga menyentuh kisah luar biasa bahawa selama 20 tahun berkarya, beliau tidak pernah memiliki kelab peminat. Namun cinta peminat terhadap karya dan nyanyiannya sudah cukup menjadi nadi untuk terus berdiri.

“DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya, tetapi tentang kita — bagaimana muzik mampu menjadikan kita sebahagian dari satu Riwayat Cinta,” kata Misha penuh haru.


Info Tiket & Jualan

DiA Misha Omar  tidak akan terlaksana tanpa peminat membeli tiket sebagai tanda sokongan dan hadir. Maka kategori tiket bermula harga RM288 (SILVER), RM388 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM588 (DIAMOND), RM688 (VIP 2), RM1,200 (VIP 1), RM1,200 (2 PAX; ROYAL TWIN SEAT) 

Kelebihan VIP 1: Akses Meet & Greet dan Soundcheck Pass

Tarikh Jualan Tiket: Bermula 25 Julai 2025, jam 10 pagi
Pembelian Khas OKU: WhatsApp ke +6011 1660 1122

Misha Omar sudah menyatakan janji, dan kini giliran kita untuk menjadi saksi. Adakah Rasa Itu masih ada? Jika ya, pulangkan rasa itu kepada DiA Misha Omar — dan cipta detik abadi bersama beliau.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

PESTA BUDAYA BON ODORI KE-49 2025 BAKAL MEMERIAHKAN SUNWAY CITY KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI