DUA LAGI ‘GANGSTER’ BAHARU SERTAI BARISAN PELAKON FILEM IM NOT GANGSTER


Personaliti media sosial terkenal, Phei Yong, bakal membuat kemunculan sulung dalam Dissy Movie Universe dengan membawakan watak antagonis pertamanya. Pendedahan ini mengejutkan ramai pihak, memandangkan Phei Yong sebelum ini lebih dikenali dengan imej ceria dan komedi.

Menurut Phei Yong, keputusan untuk menerima watak ini dibuat selepas hanya membaca dua muka surat skrip. "Rasa macam seratus otak bergabung untuk tulis skrip ni. Plot dia penuh kejutan, memang sesuai untuk uji bakat lakonan saya," katanya. Beliau turut berseloroh, "Kalau lakonan saya tak menjadi… mungkin salah pengarah!"

Phei Yong turut menambah, beliau "terpaksa membeli" tempatnya dalam filem ini atas alasan tiada rupa atau bakat. "Pelakon lain dibayar, saya pula yang bayar mereka! CMAKER adalah salah satu penaja bersama kali ini," jelasnya secara bersahaja. Ini menandakan kolaborasi filem pertama antara Phei Yong dan pasukan Dissy, dengan watak utama yang menuntut komitmen tinggi untuk dihidupkan.


Jack Yap Kembali Beraksi

Selain Phei Yong, filem ini turut menyaksikan kemunculan semula penyampai radio MY FM, Jack Yap, ke layar perak selepas beberapa tahun berehat daripada dunia lakonan. "Penggambaran pun belum mula, saya dah kena buat aksi lagak ngeri!" kata Jack sambil tertawa. "Tapi bagus juga sebagai pemanas badan. Sejujurnya, saya dah lama perhatikan SongBill dan Dahee… Filem pertama mereka dah jadi box office hit? Macam tak percaya pulak."


Filem ini juga menyatukan semula pasukan asal Close Ur Kopitiam, dengan Vince Chong sebagai pengarah dan pelakon veteran Singapura, Mark Lee, kembali dalam watak sokongan. Barisan pelakon Dissy yang turut serta termasuk Songbill, Dahee, Morn Liew, Anthony Ng, Kim Chen Wu, Adeline Wong, Yuriko, Yuniyce, Zuvia, Michie Lam dan Judy, menjanjikan sebuah naskhah penuh gelak tawa dan kekecohan.


IM NOT GANGSTER 寄生下流 bakal tayangkan di Tahun Baru Cina 2026

Filem IM NOT GANGSTER 寄生下流 diterbitkan oleh Dissy Definition Film Company dan dihasilkan oleh Dissy, dijadualkan untuk tayangan sempena Tahun Baru Cina 2026. Pasukan produksi kekal dengan matlamat untuk mengetengahkan kisah asli Malaysia, menggabungkan hiburan yang mencuit hati dengan renungan isu sosial yang mendalam. Mereka komited untuk menghasilkan filem Tahun Baru Cina yang benar-benar dekat di hati penonton tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

INISIATIF MERDEKA EXPERIAN MALAYSIA, "LEADERS ON THE WALK" MEMUPUK KEPIMPINAN GENERASI BAHARU