KEMPEN SWISH & SNAP LISTERINE® RAI 5,000 SENYUMAN SIHAT BERSAMA WATSONS
LISTERINE®, jenama cecair kumur No.1 di Malaysia, dengan kerjasama Watsons Malaysia, hari ini melancarkan kempen Swish & Snap di Kenny Hills Baker, The Park @ TRX. Ia menghimpunkan para penyokong kesihatan mulut untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki senyuman yang lebih sihat.
Acara ini memperkenalkan penampilan terbaru jenama LISTERINE®, yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama penyelesaian penjagaan mulut lengkap berasaskan sains dengan rasa yang menyenangkan. Ia turut menampilkan pengalaman interaktif Swish & Snap, merangkumi pelbagai zon aktiviti yang menggabungkan elemen pendidikan, keterlibatan, dan perkongsian sosial bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan berkumur menggunakan ubat kumur sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut yang lengkap demi kesihatan mulut yang menyeluruh².
Kempen Swish & Snap dianjurkan bagi mengubah persepsi orang ramai tentang ubat kumur, daripada produk yang digunakan sekali-sekala kepada salah satu bahagian penting dalam tiga langkah rutin penjagaan mulut harian, iaitu memberus gigi, flos, dan berkumur.
“Sebagai sebuah jenama, LISTERINE® mempunyai lebih daripada 135 tahun penyelidikan klinikal dan sokongan saintifik, serta formulasi berasaskan minyak pati yang terbukti secara klinikal3 yang memastikan keberkesanan produk kami. Tahun ini, kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia sekali lagi bagi menjayakan kempen Swish & Snap serta memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia tentang sains di sebalik penggunaan cecair kumur dalam rutin penjagaan mulut harian kita,” kata Ketua Pemasaran LISTERINE® Malaysia & Singapura, Frances Anne Velante.
Walaupun memberus gigi dan flos penting untuk menghapuskan plak, ia boleh terbentuk semula dengan mudah, lalu menyebabkan kaviti, masalah gusi, dan nafas berbau. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan LISTERINE® Total Care dua kali sehari selama 30 saat mampu memberikan sehingga 5 kali ganda kuasa membersih berbanding hanya memberus gigi dan flos⁴ , dengan keupayaan menghapuskan bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti di celah-celah gigi dan bahagian gusi.
Kempen Swish & Snap yang dilancarkan bersama Watsons Malaysia menyerlahkan komitmen LISTERINE® dalam memperkasa rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mulut mereka. Kempen ini menyasarkan pengumpulan 5,000 foto #SenyumanSihat daripada pengguna, menerusi pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun.
Bagi memupuk kesedaran tentang kesihatan awam, satu sesi dialog bersama doktor gigi Dr. Kayla Teh dan pengguna setia LISTERINE®, Jenn Chia turut diadakan. Mereka berkongsi pandangan dan maklumat terkini mengenai bagaimana tabiat kecil seperti memberus gigi, flos, dan berkumur selama 30 saat dua kali sehari boleh membawa kepada peningkatan besar dalam kesihatan mulut. Sesi itu turut menekankan bagaimana formulasi minyak pati LISTERINE® yang terbukti secara klinikal³ dapat menghapuskan bakteria yang tidak dapat dicapai dengan memberus gigi semata-mata, terutamanya bakteria punca nafas berbau⁵.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti @listerinemy dan sertai gerakan #ListerineSwishAndSnap.
Comments
Post a Comment