10,000 PENGUNJUNG MEMERIAHKAN KONSERT ULANG TAHUN KE-20 MR D.I.Y. YANG PENUH GEMERLAPAN


Lebih 10,000 rakyat Malaysia membanjiri Stadium Merdeka bagi meraikan ulang tahun ke-20 Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad - satu detik bersejarah bagi peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia itu.


Kumpulan MR D.I.Y. menganjurkan sambutan yang terbesarnya setakat ini - sebuah konsert ulang tahun yang penuh bertenaga, menampilkan barisan legenda muzik tanah air termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Amy Search, Awie, Ella, Penny Tai, Jeryl Lee dan kumpulan trio pop 3P. Malam istimewa tersebut dimeriahkan dengan persembahan cahaya laser yang menakjubkan, bunga api, aktiviti-aktiviti menyeronokkan serta cabutan bertuah. Malah, Menara Merdeka 118 turut disinari cahaya khas untuk meraikan perjalanan dua dekad MR D.I.Y..


“Konsert ini bukan sekadar sambutan, ia merupakan tanda penghargaan kami buat semua pihak yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami,” kata Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran, Kumpulan MR D.I.Y.. “Dari pelanggan dan pembekal sehinggalah kakitangan kami – sokongan anda telah menjadikan pertumbuhan ini satu kenyataan. Saat ini milik semua rakyat Malaysia yang telah membesar bersama kami. Kami bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan harian anda.”

Tambah Goh, “Kami akan terus komited untuk menawarkan lebih banyak nilai, kegembiraan dan impak kepada komuniti. Ulang tahun ini mengingatkan kami sejauh mana kami telah melangkah, dan betapa banyak lagi yang boleh dicapai bersama. Yang terbaik masih menanti. Terima kasih, Malaysia.”









Daripada sebuah kedai perkakas kecil di Kuala Lumpur pada tahun 2005, MR D.I.Y. kini telah berkembang menjadi kuasa besar dalam dunia peruncitan serantau dengan lebih 5,000 cawangan di 14 buah negara. Kumpulan ini kini merangkumi jenama-jenama seperti MR D.I.Y., MR D.I.Y. Express, MR D.I.Y. PLUS, MR. TOY, MR. DOLLAR dan EMTOP — semuanya berteraskan keperluan harian, harga mampu milik dan inovasi untuk berjuta-juta pelanggan.

Bagi meraikan ulang tahun ke-20 ini, MR D.I.Y. mengadakan promosi hebat di seluruh negara sepanjang bulan Julai. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk lebih 130 barangan keperluan rumah dan makanan. Dari 25 hingga 31 Julai, pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Gores & Menang’ dengan hadiah bernilai hingga RM2 juta, termasuk iPhone 16, robot AI, baucar tunai RM1,000, beg tangan Louis Vuitton dan bar emas 10g.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti saluran media sosial mereka di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR