PICNIC IN THE PARK 2025: FESTIVAL BERGAYA PENUH WARNA DI TAMAN KLCC


Suria KLCC sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam menganjurkan acara penuh gaya dan sentuhan eksklusif. Selepas kejayaan acara “Picnic in the Park” tahun-tahun lalu, edisi 2025 tampil lebih meriah dan berskala besar dengan elemen festival al-fresco di lokasi ikonik — KLCC Park dan Esplanade KLCC.


Berlangsung selama tiga hari dari 4 hingga 6 Julai, acara ini menyatukan dunia fesyen, gaya hidup dan gastronomi dalam suasana taman yang estetik dan Instagrammable.


Format Baharu, Aura Lebih Segar

Masuk tahun ketiga penganjuran, festival ini hadir dengan konsep moden rustik yang menampilkan stesen aktiviti seperti Glam Bar yang menawarkan pengalaman solekan dan aksesori manik bertemakan gaya festival. Van retro combi turut ditampilkan sebagai stesen snek dan lokasi bergambar utama yang memikat perhatian.


Dekorasi di Esplanade KLCC dihias dengan kanopi lut sinar yang mengalirkan cahaya semula jadi dan suasana mesra alam. Struktur macramé setinggi 10 kaki pula menjadi ikon visual festival tahun ini, menyerlahkan nilai estetik yang unik.


Akses ke acara ini adalah eksklusif kepada pembeli yang berbelanja RM3,000 ke atas dalam dua resit bertarikh antara 13 hingga 29 Jun di Suria KLCC. Setiap pembeli layak menerima satu pas piknik untuk empat orang serta baucar e-F&B bernilai RM80 untuk dinikmati sepanjang festival.


Kemeriahan Aktiviti Gaya Hidup & Bersantai

Mulai jam 4 petang hingga 9 malam setiap hari, seramai 75 kumpulan telah diraikan dengan pengalaman unik berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas dan pancuran air Lake Symphony yang menakjubkan. Para tetamu disambut dengan bakul piknik yang dikurasi khas dan kad panduan perjalanan semasa pendaftaran.


Tetamu kemudian memulakan pengalaman di Glam Bar dengan aktiviti solekan dan aksesori manik buatan tangan sebelum meneruskan ke bar DIY minuman, sudut rasa kopi, dan photobooth cetakan tanpa had. Aktiviti terus diperkaya dengan sesi interaktif dan ruang santai yang bertemakan bumi, di mana tetamu boleh bersantai di bawah khemah tipi, menyertai bengkel peribadikan beg tote, serta bermain dengan belon gergasi.


Festival Gastronomi dalam Taman

Hidangan enak disediakan oleh Imperial Chakri Palace, TGI Fridays, Sakana, All About Chew, Eight Ounce Coffee Co, dan Gong Cha yang menambah kemeriahan pengalaman menjamu selera secara al-fresco. Tetamu turut menerima pelbagai cenderahati daripada Toys “R” Us, Remax, Kiehl’s, MAC, dan HOKA, menjadikan pengalaman yang lebih lengkap dan penuh gaya.


Keasyikan Persembahan Live & Keindahan Simfoni

Acara kemuncak berlangsung di KLCC Park Hill yang menampilkan persembahan secara langsung daripada Orkestra Filharmonik Malaysia, pemuzik tempatan dan kumpulan buskers. Setiap malam diakhiri dengan persembahan air pancut Lake Symphony yang menakjubkan — sebagai penutup penuh magis kepada festival ini.


Lokasi bergambar seperti van combi vintaj, kerusi buaian rotan, dan struktur macramé yang menawan memastikan setiap tetamu pulang dengan kenangan bergambar yang sesuai untuk dikongsi di media sosial.


“Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah. ‘Picnic in the Park’ merupakan cara kami menghargai para pembeli dengan menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa: satu pengalaman yang dikurasi rapi di tengah-tengah kota,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

PESTA BUDAYA BON ODORI KE-49 2025 BAKAL MEMERIAHKAN SUNWAY CITY KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI