RUANG INSPIRASI FESTIVAL (RIF) 2025 TAMPILKAN DUA NAMA BESAR INDONESIA, JUICY LUICY & TULUS MUNCUL DI MEGA STAR ARENA KUALA LUMPUR
Peminat muzik di Malaysia, khususnya generasi muda, bakal disajikan dengan pengalaman sebuah festival yang ‘happening’, inspiratif dan penuh emosi menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Ahad) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
FESTIVAL yang dipersembahkan oleh Expoindo bersama penganjur konsert tempatan, Thrive, RIF membawa konsep segar yang menggabungkan persembahan muzik dengan elemen inspirasi dan perkongsian kisah di sebalik karya-karya popular artis terbabit.
FESTIVAL ini bukan sekadar sebuah konsert biasa, sebaliknya menjadi medan untuk menyemai semangat positif dan inspirasi melalui muzik.
Penganjur Expoindo berkata, RIF adalah pertunjukan muzik yang menampilkan pemuzik yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat di Kuala Lumpur. Untuk tahun pertama penganjuran FESTIVAL ini- mereka membawakan Tulus dan Juicy Luicy untuk tatapan dan halwa telinga peminat di Kuala Lumpur.
“Nama ‘Ruang Inspirasi’ itu sendiri lahir daripada hasrat kami untuk menyediakan satu ruang di mana muzik bukan sahaja menghibur, tetapi juga menyentuh jiwa dan memberi inspirasi.
“Edisi kali ini, kami menampilkan kumpulan pop alternatif terkenal dari Indonesia, Juicy Luicy, sebagai artis utama. Kumpulan ini tidak asing bagi peminat muzik tempatan menerusi lagu-lagu hits mereka seperti ‘Lantas’, ‘Lampu Kuning’, ‘Sialan’ dan banyak lagi.
“Tidak dinafikan, Juicy Luicy antara artis yang paling digemari oleh generasi muda di Malaysia. Lagu-lagu mereka bukan sahaja dekat dengan pengalaman hidup pendengar, malah sarat dengan mesej emosi yang kuat. Disebabkan itu mereka dipilih sebagai tumpuan utama RIF tahun ini,”Bram Tulong, mewakili Expoindo.
Menurut penganjur lagi, RIF bakal memberikan pengalaman yang berbeza kepada penonton berbanding konsert konvensional lain.
![]() |
Tulus |
Juicy Lucy merupakan artis fasa pertama untuk Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025. Manakala pengumuman artis fasa kedua iaitu TULUS telah dibuat pada 16 Julai lalu dan tiket sudah pun dijual.
Menariknya, Tulus akan mengisi persembahan pada sesi petang iaitu bermula 1.30 petang manakala Juicy Luicy pula akan menyajikan persembahan bertenaga pada sesi malam bermula pukul 7.30 petang.
RIF 25 memang menghadiahkan sebuah festival atau persembahan yang cukup berbeza konsepnya dan ini memang sesuatu yang tidak harus dilepaskan!
Menerusi festival ini, Expoindo turut merancang untuk meluaskan penganjuran RIF ke bandar-bandar utama lain di Malaysia, sebagai usaha memperkukuh semangat komuniti melalui muzik dan menjadikan festival ini sebagai platform serantau yang menghubungkan artis dari Indonesia dan Malaysia.
“Harapan kami, RIF akan menjadi jambatan budaya yang mengeratkan lagi hubungan dua hala antara industri hiburan Malaysia dan Indonesia. Dalam masa yang sama, kami mahu menyebarkan nilai-nilai positif dan inspirasi kepada masyarakat melalui muzik yang kami bawakan,” jelas Johnathon Wong, wakil BBO Events.
Ingat…. RIF 2025 bakal dibuat sebanyak dua persembahan dalam satu hari, iaitu pada sebelah tengah hari/petang dan malam.
Harga tiket bagi persembahan tengah hari/ petang telah mula dijual 17 Julai di platform rasmi sama ada melalui aplikasi BBO EVENTS atau layari WWW.RI-FEST.COM/KUALALUMPUR.
Harga tiket bundle adalah VVIP (RM1028), VIP (RM 628), Platinum (RM318), Gold (RM458) dan Silver (RM268).
Bagi mereka yang telah membeli tiket Juicy Luicy boleh terus ke aplikasi BBO EVENTS dan klik button UPGRADE untuk dapat harga istimewa.
Untuk berita dan maklumat terkini, sila “like” dan “follow” Instagram dan TikTok @rifest.my.
Comments
Post a Comment