SEAN PAUL LIVE IN MALAYSIA: IKON DANCEHALL DUNIA BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR OKTOBER INI


Idea Live Arena, Kuala Lumpur bakal menjadi medan tarian gergasi apabila bintang global dancehall, Sean Paul, kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025. Dikenali dengan irama Caribbean yang penuh tenaga dan lagu-lagu hit yang mendominasi carta muzik antarabangsa, kehadiran Sean Paul kali ini dijangka menjadi antara acara muzik paling hangat tahun ini.

Konsert ini dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan daripada Sound Innovations, Spike Productions, dan LFG Entertainment. Ia menandakan kemunculan semula Sean Paul ke Malaysia selepas kali terakhir beliau membuat persembahan pada tahun 2018.

Deretan Lagu Hit dan Aura Pentas yang Memukau

Peminat boleh menjangkakan persembahan penuh bertenaga dengan lagu-lagu ikonik seperti Get Busy, Temperature, No Lie, dan We Be Burnin’, selain karya terbaharu beliau termasuk single terkini Ginger yang kini mencetus fenomena di platform penstriman muzik.



Dalam kenyataan rasmi, Sean Paul meluahkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia:

“Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa.”

Beliau turut menambah:

“Saya paling bersemangat ingin menyampaikan single terbaharu ‘Ginger’ secara langsung. Lagu ni punya aura, dan saya yakin penonton akan menikmatinya.”

Tiket Dijual Bermula 21 Julai 2025

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual secara rasmi pada 21 Julai 2025 melalui platform fantopia.io. Dengan sambutan yang dijangka luar biasa, peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Kategori tiket yang ditawarkan termasuk:
  • RM473 – Shake That Thing (Standing Level 1)
  • RM393 – Temperature (Standing Level 1)
  • RM493 – No Lie (Seated Level 2)
  • RM463 – Get Busy (Seated Level 2)
  • RM433 – Ginger (Seated Level 2)
  • RM393 – We Be Burnin’ (Seated Level 2)
  • RM363 – Superfan (Seated Level 2)

Radio Rasmi: ERA FM, HITZ FM, MIX FM, SINAR FM

Tentang Sean Paul

Sean Paul ialah artis dancehall dari Jamaica yang telah memenangi Anugerah Grammy dan dikenali di seluruh dunia dengan suara ikonik serta irama yang memukau. Dengan kerjaya lebih dua dekad, beliau telah menghasilkan pelbagai lagu yang mendapat pengiktirafan multiplatinum dan berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Beyoncé, Sia, Dua Lipa dan Major Lazer.

Dikenali dengan persembahan pentas yang penuh tenaga dan aura Caribbean yang tulen, Sean Paul terus relevan dalam dunia muzik moden. Single terbaharunya Ginger menyerlahkan gabungan unik dancehall dan daya tarikan global, membuktikan beliau masih berada di barisan hadapan muzik antarabangsa.

Ikuti Perkembangan Terkini

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini konsert, ikuti saluran rasmi penganjur di media sosial:
@epic.elation.my | @soundinnovations.my | @lfg.entertainment

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU