SEPUTAR PROMOSI KONSERT BII “BII WITH YOU” 2025 WORLD TOUR LIVE IN MALAYSIA


Selepas tujuh tahun menyepi dari pentas Malaysia, penyanyi Taiwan-Korea Bii (Bii毕书尽) akhirnya kembali! Dibawakan oleh C7 Entertainment, konsert solo Bii “Bii WITH YOU” 2025 World Tour akan berlangsung pada Sabtu, 2 Ogos 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Bii telah hadir selama dua hari di Kuala Lumpur untuk promosi konsert hujung minggu lalu. Bii disambut mesra oleh peminat setia — dikenali sebagai “BFs”. Bii menghadiri acara Birthday Fan Party tertutup di ING LIVE, di mana Bii bukan sahaja menyanyi lagu Korea secara spontan, malah bergurau dengan aksi mandi di atas pentas!




Pada hari berikutnya di Sungei Wang Plaza, sesi tandatangan tiket mencuri perhatian apabila peminat menghadiahkan video kompilasi kenangan bertahun lamanya. Bii menitiskan air mata sambil berkata, “Kita telah membesar bersama. Ada yang dah kahwin, ada anak — dan masih datang sokong saya. Ia amat bermakna bagi saya.”






Walaupun sibuk, Bii sempat menikmati pelbagai makanan Malaysia dan berkongsi harapan tinggi untuk konsert akan datang. Beliau berjanji akan menampilkan lagu kegemaran peminat dan mungkin juga “ice cube abs” yang menjadi tanda ikoniknya!



Sempena ulang tahun debut ke-15 pada 9 Julai, Bii bakal lancar versi istimewa “Total Eclipse” secara langsung — dedikasi penuh kasih buat peminat.

Maklumat Konsert:
Acara: Bii “Bii WITH YOU” 2025 World Tour Live in Malaysia
Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2025
Masa: 8:00 malam
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM688 / RM558 / RM438 / RM288 (tidak termasuk caj pemprosesan)

📢 Tiket kini mula dijual — jangan lepaskan peluang:

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’