SKIN SO SUPER: guardian MALAYSIA RAIKAN SEGALANYA TENTANG KULIT SEMPENA HARI KESIHATAN KULIT SEDUNIA SEPANJANG BULAN INI!


Tahukah anda bahawa kulit memainkan pelbagai peranan yang amat penting dalam kesihatan dan kesejahteraan individu?

Sebagai organ terbesar tubuh manusia, kulit berfungsi sebagai ‘perisai’ utama—sebagai benteng perlindungan, di samping mengawal suhu badan, mensintesis vitamin D, serta menjadi pusat penerimaan sensori melalui reseptor neurologi.


Sempena sambutan Hari Kesihatan Kulit Sedunia bulan ini yang bertemakan “Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Kulit”, guardian Malaysia – Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 di Malaysia — menganjurkan kempen berskala nasional, Skin So Super sepanjang bulan ini, yang bermula dari 2 hingga 29 Julai 2025.

Kempen istimewa ini bukan sekadar meraikan kulit dari segi penampilan, tetapi turut memberi penekanan terhadap fungsi, kesihatan dan kesejahteraan kulit secara menyeluruh. Sepanjang tempoh kempen, pelbagai aktiviti berlangsung di semua stor guardian di seluruh negara, dan kemuncaknya akan diraikan melalui acara hujung minggu Skin So Super Atrium Experience yang julung kali diadakan pada 26 dan 27 Julai ini di Sunway Pyramid.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia berkata, “Kempen Skin So Super dan acara sulung Skin So Super Atrium Experience ini merupakan tafsiran semula kami tentang pendekatan penjagaan kulit dan sejahteraan diri untuk para pelanggan kami. Apabila kulit kita sihat, kesejahteraan akan turut menyusul dan sebaliknya, apabila dalaman kita sihat, keserian terpancar pada kulit kita.”

Selain memberi tumpuan kepada kategori utama penjagaan kulit seperti Derma/Sensitif, Pencerahan & Pelindung Matahari, Peremajaan (Anti-Penuaan) dan Jerawat, yang merupakan antara keperluan kulit paling lazim, kempen ini turut disokong oleh pelbagai jenama kesihatan dan kesejahteraan.

Anna menegaskan, “Kami percaya guardian Malaysia, sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1*, merupakan destinasi pilihan yang dipercayai untuk memenuhi semua keperluan penjagaan kulit anda.”


Para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana stor guardian Malaysia atau menghadiri acara Skin So Super Atrium Experience yang pertama di Sunway Pyramid hujung bulan ini untuk berbincang secara langsung dengan ahli farmasi guardian atau penasihat kecantikan daripada jenama yang terlibat mengenai sebarang kebimbangan atau masalah kulit mereka. Bagi yang tidak menghadapi masalah kulit, pakar-pakar ini juga sedia memberikan nasihat tentang cara meningkatkan kesihatan kulit dari dalam dan luar, serta kesejahteraan menyeluruh.

“Kami mempunyai kepakaran dan pakar yang berkelayakan untuk membantu anda dalam apa sahaja perkara berkaitan kulit,” jelas Anna.

Bagi pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut dan membuat pembelian secara dalam talian, guardian Malaysia turut menyediakan halaman kempen interaktif Skin So Super di laman web rasminya. Di sini, pengguna boleh meneroka pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit, panduan interaktif untuk membantu individu memilih produk yang sesuai, serta bahan ‘pendidikan’ berkaitan kesihatan kulit. Turut disediakan ialah panduan SkinLab untuk kulit yang lebih sihat, lengkap dengan video pendek yang menyajikan tip dan perkongsian ilmu daripada pakar dermatologi.

Seperti kata pepatah, ‘kecantikan bukan hanya pada luaran’, inilah prinsip utama kempen Skin So Super, bahawa kulit bukan sahaja harus kelihatan cantik, tetapi juga berfungsi dengan baik. Apabila kulit anda sihat, banyak manfaat lain yang akan anda nikmati.


Apa yang menanti anda di acara Skin So Super Atrium pada 26 dan 27 Julai ini?

Acara ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hujung minggu termasuk reruai jenama, bengkel/masterclass, demonstrasi secara langsung, sesi perkongsian ilmu berkaitan kesejahteraan, serta peluang untuk mendapatkan konsultasi kulit yang diperibadikan daripada pakar-pakar yang hadir. Selain itu, pelbagai tawaran eksklusif seperti diskaun istimewa, promosi belian dengan belian (PWP), hadiah dengan belian (GWP) dan bengkel khas yang diadakan khusus untuk ahli Myguardian Rewards.

Para pengunjung juga boleh meneroka dua zon bertema: Zon Kecantikan (Skin Lab, Acne Zone, Healthy Aging, Sun Smart Zones) dan Zon Kesejahteraan (Inner Wellness Zone, Power Up Zone) yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif. Dengan penyertaan 100 jenama terkemuka, acara ini adalah peluang terbaik untuk pengunjung belajar, berkembang dan menemukan kombinasi produk penjagaan kulit terbaik yang tersedia di pasaran!

Butiran acara 1st Skin So Super Atrium Experience:
Tarikh: 26 dan 27 Julai 2025
Waktu Acara: 10:00pg hingga 10:00mlm (12:30tgh - 10:00mlm pada 26 Julai)

“Kami berharap para pelanggan dapat memanfaatkan kempen ini sepenuhnya. Jangan bergantung kepada cakap-cakap orang lain dalam memilih produk penjagaan kulit dan kesejahteraan diri anda. Datanglah dan bercakap sendiri dengan pakar dan penasihat kecantikan kami untuk mendapatkan tip, panduan dan nasihat yang tepat dan boleh dipercayai,” kata Anna sebagai penutup.

Tiket untuk bengkel boleh didapati melalui aplikasi MYguardian Rewards atau di laman web guardian Malaysia.

#guardianNo1
#SkinSoSuper
#guardianTrustedAdvisor
#OwnYourBeautiful
#MYguardian


Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU