THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE – CINTA, DENDAM DAN JALAN PULANG


Astro mempersembahkan kisah cinta yang penuh escapism dan konflik emosi — Thariq Ridzuwan: His Treasure, sebuah adaptasi daripada novel pemenang anugerah yang mencatat lebih 10 juta bacaan atas talian. Dengan sentuhan pengarahan daripada Eyra Rahman dan produksi MIG Production, naskhah ini menampilkan kisah seorang ejen elit bernama Thariq yang berusaha menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa.

Meerqeen

Thariq dan Radwa akhirnya kembali bersatu, tetapi hubungan mereka tidak semudah yang disangka. Trauma silam, kecemburuan, tekanan keluarga dan kemunculan misteri dari masa lalu menjadi penghalang kepada impian bahagia mereka. Ketika Radwa disahkan hamil, sinar harapan muncul kembali. Namun, pelbagai cabaran bakal menanti mereka dalam mempertahankan cinta dan melindungi keluarga.

Qasrina Karim

Drama ini dibintangi oleh Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan barisan pelakon berbakat lain. Lebih istimewa, Astro turut memperkenalkan kumpulan lelaki pertama mereka — ALPHA — yang menyanyikan lagu tema ‘P. Ramlee dan Saloma’. Hael Husaini pula mengisi runut bunyi menerusi lagu ‘Alangkah’, menjadikan pengalaman tontonan lebih mendalam dan beremosi.


Tarikh Tayangan: Bermula 23 Julai 2025
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, jam 9 malam
Saluran: Astro Ria (saluran 104)
Platform Penstriman: Astro GO & sooka

Drama ini membuka tirai Home of Drama Astro, yang bakal diteruskan dengan pelbagai karya menarik lain hingga hujung tahun — termasuk Rumah Tanpa Luka, Generasi Perfect 10, Jutawan Ekspres, Bride From The Past dan banyak lagi.

Untuk mengikuti kempen ini, langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Hiburan untuk pengalaman penstriman yang lebih lancar, pada RM139.99/sebulan.

Maklumat lanjut & langganan:
📱 WhatsApp ke 03-9543 3838

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

AEON CARNIVAL EXTRAVAGANZA 2026: BELANJA, MENANG & BERGEMBIRA!