SAMBUTAN MERDEKA LEBIH MERIAH DENGAN THE CURVE MERDEKA FOOD RUN 2025


The Curve Merdeka Food Run kembali untuk tahun 2025 dengan acara yang lebih meriah pada 30 Ogos 2025. Bertempat di Piazza, the Curve, acara larian santai sejauh 5KM ini menggabungkan elemen kecergasan, makanan tempatan dan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Susulan kejayaan edisi sulung pada tahun lepas yang menarik penyertaan seramai 1,500 peserta, pihak penganjur menjangkakan kehadiran melebihi 3,000 peserta untuk edisi kali ini. Larian akan bermula pada jam 7.30 pagi dengan laluan yang dihiasi pit stop makanan khas menyajikan hidangan ikonik Malaysia termasuk nasi lemak, karipap, sate dan pelbagai juadah lain yang pasti membangkitkan selera.

The Curve Merdeka Food Run merupakan sebahagian daripada kempen Merdeka tahunan the Curve yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meraikan warisan budaya dan memperkukuh semangat komuniti. "Kami berbesar hati untuk membawakan semula Curve Merdeka Food Run 2025 dengan semangat dan penyertaan yang lebih besar," kata En Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad. "Makanan dan kebersamaan merupakan dua elemen yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia. Acara ini memberi peluang untuk masyarakat menikmati keduanya dalam suasana yang positif dan penuh semangat Merdeka."

Pendaftaran kini dibuka sehingga 3 Ogos 2025, dengan kadar istimewa untuk penyertaan berkumpulan seramai empat orang. Pihak korporat turut digalakkan untuk menyertai melalui pakej khas yang sesuai bagi aktiviti pembinaan pasukan dan inisiatif kesejahteraan pekerja.

Sebagai kemuncak acara, peserta berpeluang menyertai Cabutan Bertuah dengan tawaran hadiah menarik bernilai lebih RM10,000, menjadikan pengalaman larian lebih berbaloi dan menyeronokkan.

Curve Merdeka Food Run 2025 merupakan sebahagian daripada Kempen Merdeka the Curve yang berlangsung sepanjang bulan Ogos. Kempen ini menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan, persembahan seni, dan program komuniti berteraskan kesihatan, warisan serta harmoni untuk meraikan kemerdekaan negara dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari:
Ikuti perkembangan terkini di laman rasmi Facebook dan Instagram the Curve.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL