W KUALA LUMPUR PERKENAL KOLEKSI ‘CELESTIAL RHAPSODY’, SENTUHAN REMIX UNTUK PESTA KUIH BULAN


Sempena Pesta Kuih Bulan tahun ini, W Kuala Lumpur mempersembahkan Celestial Rhapsody, koleksi kuih bulan avant-garde yang direka khas untuk penggemar moden yang menghargai kelainan.

Selaras dengan identiti berani jenama W, Celestial Rhapsody menggabungkan elemen estetik futuristik, sentuhan logam mewah dan seni muzik untuk mencipta pengalaman pelbagai deria yang menggabungkan warisan dan inovasi.

Tetamu boleh menikmati set empat biji kuih bulan yang boleh dipilih mengikut cita rasa peribadi daripada lapan pilihan perisa eksklusif termasuk Pure Lotus dengan Double Egg Yolk, Shanghai Pandan Lotus dengan single Egg Yolk, Chocolate Lotus with Seasalt dan banyak lagi. Kotak edisi terhad Celestial Rhapsody Remix ditawarkan pada harga RM298+ dan tersedia dalam dua pilihan warna: Lunar Blue atau Rhapsody Rose.


W Kuala Lumpur turut memperkenalkan kerjasama eksklusif bersama JBL dengan pelancaran Celestial Rhapsody JBL Remix Box (RM448+), kotak kuih bulan edisi terhad yang menyerupai radio retro. Kotak ini bukan sahaja menyimpan kuih bulan – ia boleh memainkan muzik!


Pilihan Korporat Eksklusif – W Collection Bespoke

Tampil memukau semasa musim perayaan dengan koleksi kuih bulan yang eksklusif dan direka khas untuk pemberian korporat. Pilihan reka bentuk: 
  • Teal Essence – tenang dan elegan
  • Plum Allure – berani dan memikat
Setiap kotak mengandungi empat biji kuih bulan yang dipilih rapi mengikut citarasa pelanggan dan ditawarkan pada harga RM188+.

Jangan lepaskan peluang! Tempahan awal Celestial Rhapsody kini dibuka mulai 15 Julai hingga 31 Julai 2025 dengan diskaun eksklusif:
  • 20% untuk Kotak Runcit
  • 10% untuk Kotak Korporat
Tempah sekarang untuk rasai kemewahan kuih bulan dalam gaya W Kuala Lumpur — sambutan Pesta Kuih Bulan yang hebat bermula di sini. Hubungi W Kuala Lumpur dengan segera di +6012 326 7488 untuk maklumat lanjut atau buat tempahan melalui Oddle dan Sevenrooms.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

INISIATIF MERDEKA EXPERIAN MALAYSIA, "LEADERS ON THE WALK" MEMUPUK KEPIMPINAN GENERASI BAHARU