AGODA CATAT PENINGKATAN CARIAN OLEH WARGA MALAYSIA YANG MERANCANG PERCUTIAN DI HARI MALAYSIA


Pengumuman cuti umum tambahan sememangnya berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Penambahan cuti pada 15 September menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai hujung minggu panjang selama empat hari—satu peluang keemasan bagi mereka yang ingin bercuti. Sejurus selepas pengumuman tersebut, platform Agoda menjadi sasaran utama untuk mereka yang mahu merancang percutian mereka.

Menurut data Agoda, carian penginapan domestik meningkat sebanyak 245%, manakala carian antarabangsa melonjak 117% berbanding dua minggu sebelumnya. Peningkatan ini menunjukkan betapa responsifnya rakyat Malaysia terhadap cuti bonus. Dengan trend percutian spontan yang semakin meningkat, Agoda kekal sebagai platform pilihan utama bagi perancangan perjalanan pada saat akhir.

Daripada percutian pantai hinggalah ke jelajah kulinari antarabangsa, inilah destinasi pilihan warga Malaysia:

5 Destinasi Antarabangsa Paling Popular (Kadar Peningkatan Carian)

Hat Yai (203%)

Bangkok (73%)

Singapura (169%)

Pulau Batam (221%)

Bali (60%)


Lima destinasi antarabangsa paling popular untuk percutian hujung minggu Hari Malaysia ialah Hat Yai, Bangkok, Singapura, Pulau Batam dan Bali. Jumlah carian untuk destinasi ini meningkat dengan ketara berbanding dua minggu sebelumnya - Hat Yai meningkat sebanyak 203%, Bangkok 73%, Singapura 169%, Pulau Batam 221%, dan Bali 60%. Ini menunjukkan warga Malaysia lebih gemar untuk memilih lokasi percutian yang mengambil masa perjalanan kurang dari tiga jam, bagi memanfaatkan sepenuhnya cuti empat hari mereka.

Walaupun destinasi luar negara semakin popular, ramai juga yang memilih untuk bercuti di bandar dan kawasan pantai berhampiran. Port Dickson mencatat peningkatan carian tertinggi sebanyak +373%.

5 Destinasi Domestik Paling Popular (Kadar Peningkatan Carian)

Kuala Lumpur (232%)

Pulau Pinang (260%)

Melaka (254%)

Port Dickson (373%)

Langkawi (175%)

 Mengulas tentang data tersebut, Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, Fabian Teja berkata, “Setiap kali adanya cuti panjang, aktiviti percutian pasti akan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan warga Malaysia. Data menunjukkan peningkatan serta merta dalam aktiviti carian ke destinasi tempatan dan serantau. Ini menunjukkan bahawa warga Malaysia memang gemar memanfaatkan sepenuhnya hujung minggu yang panjang, baik untuk percutian di dalam negara mahupun di luar negara.”


Warga Malaysia sememangnya tidak melengahkan masa untuk merancang percutian mereka apabila cuti tambahan diumumkan. Dengan adanya lebih 6 juta tempat penginapan percutian, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti liburan di seluruh dunia, Agoda memudahkan warga Malaysia untuk melancong dengan bajet yang lebih rendah. Aplikasi mudah alih Agoda kekal sebagai platform pilihan utama untuk mendapatkan tawaran hebat dan merancang percutian spontan.

Kepada mereka yang berhasrat untuk memanfaatkan hujung minggu panjang ini dengan bercuti, pelbagai pilihan tersedia di www.agoda.com.



Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA