FILA LOVE:ALL MENYATUKAN BAKAT KREATIF ASIA TENGGARA BAGI MERAIKAN SEMANGAT PERMAINAN YANG SANTAI DAN INKLUSIF
Bayangkan satu permainan tanpa peraturan, tanpa jangkaan, dan penuh dengan keseronokan. Itulah semangat di sebalik FILA LOVE:ALL, koleksi baharu yang menyerlahkan gaya serta mengangkat semangat bermain yang lahir daripada rasa cinta terhadap permainan, dan bukan demi mengejar kemenangan. Diilhamkan oleh sukan tenis, yang memulakan setiap perlawanan dengan “kasih sayang”, koleksi ini mentakrifkan semula dunia sukan sebagai ruang yang kreatif untuk berhubung dan mengekspresikan diri.
Apa yang membuatkan koleksi ni betul-betul menyerlah ialah kolaborasi eksklusif dengan tiga artis muda berbakat dari Asia Tenggara: SoSo oleh MonKiddo dari Malaysia, Linh oleh Bao Viet dari Vietnam, dan MM oleh Madeitwhendrunk (MIWD) dari Thailand. Setiap rekaan memperkenalkan watak-watak asli yang melambangkan kebebasan mengekspresikan diri tanpa sebarang batasan. Hasil ciptaan mereka mencerminkan nilai-nilai teras koleksi ini: keseronokan, keunikan diri, dan kebebasan berkarya. Kesemuanya menyampaikan satu mesej penting: keseronokan untuk semua.
“Ciptaan saya, SoSo ialah raksasa berwarna-warni yang menggalakkan orang ramai untuk menerima keunikan diri dan menjadi siapa diri mereka yang sebenar kerana itulah yang menjadikan kita luar biasa. Dengan koleksi ini, saya berharap semua orang akan berasa bebas untuk bermain, bersuara, jadi luar biasa dengan cara sendiri dan yang paling penting, berani mengekspresikan diri tanpa rasa takut atau ragu-ragu,” kata MonKiddo.
Sukan dan seni adalah platform semula jadi untuk penyatuan. Watak saya, Linh, menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden, melambangkan kebanggaan budaya dan kebebasan. Saya ingin menunjukkan bahawa apabila kita menghargai asal-usul dan warisan budaya, ia menjadi satu bentuk ekspresi diri yang penuh makna. Ia tentang menghormati asal-usul kita sambil yakin menonjolkan siapa diri kita pada hari ini,” kongsi Bao Viet.
“MM ialah salah satu ‘Kikees’, iaitu siri watak ciptaan saya yang tampil dengan mata separa khayal dan sut maskot bersaiz besar. Mereka melambangkan versi realiti yang berbeza daripada kebiasaan,” kata MIWD.
Kumpulan K-pop KIIRAS juga turut membuat penampilan khas bagi meraikan acara ini, membawa bersama persona mereka yang berani dan penuh tenaga serta ekspresi diri yang autentik. Kehadiran mereka menyuntik semangat yang lebih segar dan menyerlahkan sisi ceria koleksi ini. Mereka turut berkongsi gaya peribadi masing-masing dengan koleksi ini, menunjukkan bagaimana setiap padanan boleh digayakan dengan penuh keyakinan dan kreativiti.
“Koleksi baharu FILA LOVE:ALL ini sangat dekat di hati kami. Ia tentang keseronokan menjadi diri sendiri dan itulah juga cara kami mengekspresikan diri sama ada di atas pentas atau dalam kehidupan seharian. KIIRAS terdiri daripada ahli yang datang dari pelbagai negara dan latar belakang, namun apa yang menyatukan kami adalah semangat yang sama dan kecintaan terhadap apa yang kami lakukan bersama. Dari situlah terjalinnya ikatan yang kuat antara kami,” kata Ling Ling, rapper utama kumpulan KIIRAS. “Kami benar-benar sukakan bagaimana koleksi konsep LOVE:ALL ini menyatukan orang ramai melalui gaya, semangat dan pergerakan.”
Pelancaran koleksi ini diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang mencerminkan tema utama koleksi – keterangkuman dan ekspresi diri. Pengunjung turut berpeluang untuk menyertai sesi temu mesra eksklusif dengan artis Asia Tenggara, MIWD dan MonKiddo, menawarkan satu pengalaman unik berinteraksi dengan bakat di sebalik watak ikonik kempen ini. Tetamu juga dapat menonjolkan kreativiti masing-masing di stesen custom acrylic keychain serta aktiviti kad skor peribadi, selari dengan tema koleksi SEA Artist yang mengutamakan keunikan diri.”
Bagi memeriahkan lagi pengalaman, semua pengunjung dijemput singgah ke empat stesen interaktif yang mempamerkan koleksi pemasangan watak: photobooth MIWD, stesen DIY acrylic keychain MonKiddo, stesen Bao Viet customised scoreboard, dan photobooth FILA LOVE:ALL. Lengkapkan cabaran di setiap stesen, dan tebus secawan kopi percuma! Setelah selesai, bagi mereka yang membeli barangan dari Koleksi FILA LOVE:ALL akan membawa pulang skaf eksklusif LOVE:ALL. Setiap ‘touch point’ menggambarkan semangat LOVE:ALL — di sinilah sukan dan seni bersatu untuk meraikan ekspresi diri.
Turut memeriahkan majlis pelancaran ialah kehadiran personaliti fesyen terkini Arena Wan, Syed Shafiq, Tammy Leong, Jackson Wong dan Hayden Wong terus menambahkan lagi seri dan gaya pada sambutan tersebut.
Koleksi baharu FILA LOVE:ALL kini boleh didapati di butik rasmi FILA di Sunway Pyramid, Pavilion KL, Genting Sky Avenue, Mid Valley Southkey, IOI City Mall dan Putrajaya serta secara dalam talian di laman rasmi FILA. Ikuti kami di @fila.malaysia dan @filasoutheastasia untuk kemaskini terkini. Kongsikan gaya paling menarik anda dengan FILA LOVE:ALL dan jangan lupa gunakan hashtag #FILA #FILAMY #FILASEA #FILALoveAll #FILAxMONKIDDO #FILAxMIWD #FILAxBAOVIET.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment