LOKAL LEGENDS: INSIDE SCOOP RAIKAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA 6 JENAMA IKONIK MALAYSIA


Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Inside Scoop kembali dengan koleksi edisi terhad yang pasti mencuit nostalgia rakyat Malaysia. Dikenali sebagai ‘Lokal Legends’, koleksi ini merupakan penghormatan manis kepada enam jenama tempatan ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia – Gardenia, Julie’s, GSC, Beryl’s, ZUS Coffee dan Farm Fresh.

Aiskrim Buatan Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia

Sejak penubuhannya di Bangsar pada tahun 2013, Inside Scoop kekal dengan visinya: menghasilkan aiskrim buatan Malaysia yang mencerminkan cita rasa tempatan. Dengan lebih 200 perisa unik sepanjang 12 tahun, jenama ini terus mencipta inovasi berasaskan snek, minuman dan kuih-muih warisan Malaysia.


Tahun ini, Inside Scoop memperkenalkan enam perisa baharu yang diinspirasikan oleh produk kegemaran daripada jenama-jenama tempatan:

Twiggies Choc-A-Lot (Gardenia): Aiskrim coklat susu ditambah dengan potongan Twiggies Choc-A-Lot Gardenia, snek kek coklat yang paling ikonik buat setiap kanak kanak Malaysia.

Caramel Popcorn (GSC) – Aiskrim yang diinspirasikan oleh bertih jagung karamel pawagam GSC, ditambah lagi dengan kacang pecan mentega yang rangup. Setiap suapan aiskrim ini dijamin membawa kenangan manis bersama tersayang di pawagam GSC.

Le-mond Lemon (Julie’s): Gabungan kreatif aiskrim susu dan kurd lemon yang menyegarkan dengan biskut sandwic Le-mond Julie’s yang rangup dan masam manis. Biskut Julie’s sentiasa hadir sebagai snek wajib di setiap dapur rakyat Malaysia.

Gula Melaka Chocolate (Beryl’s): Gabungan inovasi aiskrim coklat dan gula melaka ini adalah hasil kerjasama pengusaha coklat Malaysia yang terkemuka di tahap antarabangsa, Beryl’s. Perisa ini dihiasi Beryl's Gula Melaka Milk Chocolate dengan taburan biskut mentega. Ia bagaikan 'surat cinta' dalam bentuk aiskrim kepada rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi.

Spanish Latté (ZUS Coffee): Diinspirasikan oleh menu kafe tempatan ZUS Coffee. Aiskrim espreso ini diperkaya dengan susu pekat untuk rasa kopi yang pekat dan tekstur halus. Gaulan kon coklat rangup memberi sentuhan moden kepada perisa kopi yang digemari rakyat Malaysia.

Choco Malt Kaw (Farm Fresh): Warga Malaysia yang sering berkunjung ke kopitiam atau mamak semestinya tahu “kaw” bermaksud ekstra pekat untuk minuman yang dipesan. Aiskrim ini menggunakan Farm Fresh Choco Malt, dan Choco Malt Kaw adalah versi ekstra pekat yang ditambah sos coklat and biji malt coklat rangup. Aiskrim ini mengimbau kenangan manis tentang minuman malt coklat zaman kanak-kanak kita.

“Surat Cinta” Buat Anak Malaysia

Menurut Edmund Tan, Pengasas Bersama Inside Scoop, “‘Lokal Legends’ tahun ini bagaikan surat cinta buat anak-anak Malaysia. Kami bangga dapat bekerjasama dengan jenama yang menemani rakyat Malaysia merentas generasi – daripada kudapan di pawagam ke snek zaman kanak-kanak – dan mengubahnya kepada sesuatu yang unik buat kita semua.”


Setiap perisa dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, mencerminkan semangat komuniti dan kreativiti tempatan yang membentuk identiti negara.

Sambutan Merdeka yang Lebih Bermakna

Bagi memeriahkan kempen ini, setiap single scoop daripada koleksi ‘Lokal Legends’ akan dihidangkan dengan sarung cawan rekaan khas mengikut jenama kolaborasi – sebagai cenderahati eksklusif sempena bulan patriotik.


Koleksi ini juga boleh didapati dalam bentuk “Lokal Legends Party Pack” edisi terhad (RM68), yang menghimpunkan kesemua enam perisa nostalgia dalam satu pakej istimewa.

Tempoh & Lokasi Jualan

Koleksi ‘Lokal Legends’ 2025 boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop di seluruh negara dari 18 Ogos hingga 21 September 2025.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Inside Scoop di: 
Instagram/Facebook: @myinsidescoop

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

BALAN KASH SATUKAN HIP-HOP, TRADISI & JIWA MALAYSIA DALAM LAGU DAN VISUAL PENUH SIMBOLIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN