INISIATIF MERDEKA EXPERIAN MALAYSIA, "LEADERS ON THE WALK" MEMUPUK KEPIMPINAN GENERASI BAHARU
Experian Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan gemilang program "Leaders on the Walk". Acara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bersejarah ini, diadakan dalam semangat meriah sambutan Merdeka, telah menyaksikan penyertaan luar biasa lebih daripada lebih 20 pemimpin industri dan eksekutif tertinggi yang berjalan bersama dengan lebih 300 pelajar universiti, graduan baharu, profesional muda dan pengurus baharu dalam kerjaya mereka sepanjang laluan dinamik sejauh 5 kilometer. Inisiatif ini berjaya merapatkan jurang serta memecahkan tembok antara pemimpin berpengalaman dan bakat baharu, membina hubungan mentor secara langsung dan dialog yang bernilai di luar persekitaran rasmi dan tradisional.
Acara yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Taman Botani Perdana. Terletak di tengah Kuala Lumpur, taman rekreasi seluas 221 ekar yang ditubuhkan pada tahun 1888 ini menyediakan suasana yang tenang, damai dan penuh kehijauan – mewujudkan sebuah platform yang unik, interaktif dan imersif bagi para mentor dan mentee. Para mentee mengambil peluang luar biasa ini untuk berhubung secara langsung dengan pemimpin industri terkemuka, memperoleh pandangan penting, mendapatkan bimbingan, serta menyerap ilmu kepimpinan sebenar melalui perbualan santai yang bermakna sepanjang sesi berjalan kaki. Format ini menawarkan pendekatan baharu yang segar, berbeza daripada forum atau persidangan tradisional, dengan menggabungkan aktiviti fizikal dan bimbingan secara tulen.
“Kami amat berbangga dengan impak besar yang dibawa oleh program “Leaders on the Walk”. Acara ini benar-benar menjiwai semangat Merdeka, apabila para pemimpin berpengalaman dapat ‘memberi kembali’ kepada bakat-bakat masa depan negara. Tenaga dan keterlibatan yang tulus antara para pemimpin dan mentee amat menginspirasikan, sekali gus mengukuhkan komitmen kami dalam membina ekosistem bimbingan yang kukuh serta mempersiapkan generasi akan datang untuk menghadapi cabaran kepimpinan dunia sebenar,” kata Chua Chai Ping, Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusia Experian Malaysia.
Tambah beliau, "Leaders on the Walk" bukanlah sebuah aktiviti sekali sahaja. Sebaliknya, ia merupakan permulaan kepada ekosistem bimbingan jangka panjang yang dirangka untuk sentiasa memupuk dan memperkasakan pemimpin masa depan di Malaysia. Experian Malaysia, dengan sokongan rakan-rakan kami dari GBS Networking Circle dan PIKOM–GBS Malaysia, bersemangat untuk membina kejayaan ini dan terus komited dalam memperjuangkan pembangunan kepimpinan serta inisiatif pembinaan negara untuk tahun-tahun yang akan datang.”
Sokongan padu daripada syarikat korporat besar dan institusi akademik menyerlahkan komitmen bersama dalam membentuk graduan yang bersedia menghadapi masa depan. Dengan menggalakkan dialog yang terbuka dan inklusif serta menyediakan akses langsung kepada tokoh industri, inisiatif “Leaders on the Walk” berjaya mencapai matlamat utamanya: memberi inspirasi, bimbingan dan keyakinan kepada generasi baharu untuk menjadi pemimpin masa depan. Inisiatif yang berteraskan tujuan ini menjadi bukti kukuh terhadap nilai pembelajaran berasaskan pengalaman dan penglibatan bermakna dalam usaha melahirkan pemimpin masa depan Malaysia.
Antara syarikat yang menyokong dan mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuklah Experian Malaysia, TalentCorp, PIKOM – GBS Malaysia, Lumileds, Sanofi, Ernst & Young (EY), Dell, Telecontinent Sdn Bhd, Abbott, Graduan, HSBC, Hilti, Shell, Talentbank, BASF Asia-Pacific Service Centre Sdn. Bhd., dan TalentLabs.
Institusi akademik utama yang turut serta dalam program ini termasuklah 42KL, Universiti Malaya, Heriot-Watt University Malaysia, University of Nottingham Malaysia, Taylor’s University, Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Monash University Malaysia, Sunway University, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), INTI University, dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Comments
Post a Comment