MR D.I.Y. KEMBALIKAN “BERSAMA SATU BAZAAR” UNTUK MERAIKAN MERDEKA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA


Sambutan Hari Merdeka akan menjadi lebih meriah kerana Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia sekali lagi menganjurkan bazaar Merdeka yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu.

Dengan tema “Bersama Satu Bazaar”, acara selama empat hari ini akan berlangsung di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid dari 29 Ogos hingga 1 September 2025, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68.

Menampilkan lebih 100 gerai, bazar ini menampilkan pelbagai vendor makanan dan vendor gaya hidup paling ‘viral’ di Malaysia, di samping jenama-jenama Kumpulan MR D.I.Y. sendiri iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian tempatan kegemaran ramai termasuk roti canai, nasi lemak, laksa, burger, mi, pencuci mulut, serta minuman. Turut ditawarkan adalah aksesori buatan tangan, kraf, alat tulis, kosmetik, pakaian, dan banyak lagi.

Jenama-jenama popular seperti Coca-Cola, ZUS Coffee, Tealive dan Oriental Kopi juga akan turut memeriahkan sambutan ini.

Selain makanan dan membeli-belah, Bersama Satu Bazaar menjanjikan pengalaman yang imersif dengan permainan interaktif , bengkel kreatif, persembahan budaya dan kontemporari, taman permainan belon gergasi, bubble dome, serta zoo mini – memastikan kegembiraan untuk seisi keluarga dan para pengunjung dari semua peringkat umur.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “‘Bersama Satu Bazaar’ yang pertama menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari rakyat Malaysia. Jadi tahun ini, kami bawakan kembali acara ini, kali ini di lokasi baharu agar lebih ramai dapat menyertainya. Acara ini menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan Hari Merdeka, di samping menyokong perniagaan, usahawan dan penggiat seni tempatan. Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. bukan sahaja komited dalam menyediakan produk-produk berkualiti pada harga ‘Always Low Prices’, tetapi juga dalam mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan masyarakat.”

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, MR D.I.Y. akan mengedarkan beg tote percuma setiap hari kepada pengunjung yang menyertai Cabaran Pasport Bazaar. Para pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM8,000.

Bersempena sambutan Hari Merdeka, MR D.I.Y. turut menawarkan promosi istimewa untuk 98 produk di semua cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut mengenai Bersama Satu Bazaar, layari: MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar 2025. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com dan ikuti jenama tersebut di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA

REVOLUSI DAPUR MODEN: VORWERK PERKENAL THERMOMIX® TM7 DAN KEDAI MERCU PERTAMA DI MALAYSIA