MR. MUSCLE® MALAYSIA TAMPIL DENGAN PENAMPILAN BAHARU: LEBIH SEGAR, LEBIH BERKUASA
Pembersihan rumah kini menjadi lebih mudah, menyenangkan dan berkesan dengan pelancaran penampilan baharu Mr. Muscle® Malaysia. Jenama pembersihan yang dipercayai ramai ini telah memperkenalkan dua rangkaian utama yang kini berada di pasaran seluruh negara: Mr. Muscle® Aroma Clean dan Mr. Muscle® Pro. Dengan pembungkusan yang lebih segar dan mudah dikenali, Mr. Muscle® kekal dengan formula berkuasa yang telah terbukti berkesan, menawarkan penyelesaian pembersihan bertaraf profesional untuk setiap ruang rumah anda.
Rangkaian Mr. Muscle® Aroma Clean direka khas untuk menjadikan rutin pembersihan harian sebagai satu pengalaman deria yang menyegarkan. Setiap varian bukan sahaja membersih dengan berkesan, malah membunuh 99% kuman dan membantu mencegah pembentukan keladak. Aroma Clean hadir dalam empat pilihan haruman yang memikat: Lavender Myst yang membawa suasana spa ke bilik air anda dengan haruman floral yang lembut; Sparkly Lemon yang menyegarkan dengan sentuhan sitrus bertenaga; Botanical Freshness yang diinspirasikan dari kehijauan alam semula jadi; dan Ocean Escape yang menimbulkan suasana pantai dengan bayu lembut yang menyegarkan ruang.
Bagi mereka yang mengutamakan perlindungan berpanjangan dan pembersihan mendalam, Mr. Muscle® Pro adalah pilihan terbaik. Direka untuk bertindak aktif setiap kali dibilas, rangkaian ini membantu mencegah pembentukan kotoran dan keladak yang menjadi tempat pembiakan kuman. Varian Power Max menggunakan teknologi Color-Changed™ yang menunjukkan tindakan pembersihan secara visual, menyingkirkan karat dan kotoran dengan kekuatan maksimum. Manakala Toilet Shield pula memberikan lapisan pelindung selepas setiap bilasan, sesuai untuk mengekalkan kebersihan mangkuk tandas di antara cucian mendalam.
Kedua-dua rangkaian ini kini boleh didapati di pasar raya, pasar raya besar dan peruncit utama di seluruh Malaysia. Sempena pelancaran ini, pengguna berpeluang memenangi kredit eWallet TNG bernilai RM150 dengan setiap pembelian RM25 dan ke atas produk Mr. Muscle®, termasuk pencuci tandas. Kempen ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2025.
Sama ada anda mencari kesegaran harian atau perlindungan tahap profesional, Mr. Muscle® menawarkan penyelesaian pembersihan yang sempurna dalam setiap botol.
Ikuti Mr. Muscle® Malaysia di media sosial untuk tip pembersihan, kemas kini dan banyak lagi:
Instagram: https://www.instagram.com/mrmusclemalaysia
TikTok/TikTok Shop: @scjohnsonmy
Comments
Post a Comment