NESTLÉ LA CREMERIA LANCAR DUA PERISA BAHARU BERSAMA BELLA ASTILLAH: DETIK MANIS YANG WAJAR DIRAI

 

Setiap detik dalam hidup, sama ada besar mahupun kecil, wajar dihargai sepenuhnya. Itulah semangat yang dibawa oleh Nestlé La Cremeria dalam pelancaran dua perisa baharu yang menjanjikan kemewahan rasa dan pengalaman penuh kenikmatan — Neapolitan Royale Stick dan ChocoBerry Royale Pint. Sama ada untuk meraikan pencapaian peribadi atau sekadar menikmati detik istimewa bersama orang tersayang, kedua-dua perisa ini hadir sebagai pilihan sempurna untuk menyuntik kegembiraan dalam rutin harian.


Menambah seri kepada kempen ini, Nestlé La Cremeria memperkenalkan Bella Astillah sebagai wajah baharu jenama mereka. Dengan aura positif dan semangat ceria yang autentik, Bella menjadi padanan ideal untuk menyampaikan mesej bahawa setiap individu berhak meraikan diri mereka dengan cara tersendiri. Bagi Bella, saat-saat kecil seperti berehat di tengah hari yang sibuk atau menikmati pencuci mulut di hujung malam mampu memberikan impak besar dalam kehidupan seharian. “Nestlé La Cremeria lebih daripada sekadar aiskrim. Ia adalah ganjaran kecil penuh kenikmatan yang menaikkan semangat dan mengingatkan saya untuk meraikan setiap detik,” ujar Bella.


Perisa Neapolitan Royale Stick memperkenalkan gabungan aiskrim vanila dan strawberi yang lembut berkrim, disaluti dengan coklat kaya serta dihiasi dengan kacang pistachio rangup, kranberi masam manis dan campuran granola yang unik. Setiap gigitan menawarkan simfoni rasa manis, berkrim dan rangup yang menjadikan pengalaman menikmati aiskrim lebih istimewa dan memuaskan. 

Bagi mereka yang gemar berkongsi, ChocoBerry Royale Pint pula menyajikan kombinasi aiskrim coklat dan strawberi yang kaya dan lembut, diserikan dengan sos coklat lazat serta taburan coklat rangup — satu pengalaman rasa yang memikat dan menggembirakan.

April Wong, Pengawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream Malaysia, menyatakan bahawa Nestlé La Cremeria terus komited dalam mencipta pengalaman menikmati aiskrim yang memikat dengan sentuhan rasa mewah. “Kami amat teruja untuk memperkenalkan dua perisa baharu ini sebagai janji yang terus kami tepati. Lebih menggembirakan, kami amat berbesar hati menyambut kehadiran Bella Astillah ke dalam keluarga Nestlé La Cremeria. Keikhlasan dan keaslian personaliti Bella menyerlahkan kepercayaan kami bahawa setiap individu berhak menikmati kemanisan hidup dalam cara yang tersendiri.”


Bagi penggemar aiskrim, Festival Aiskrim Nestlé yang berlangsung mulai Ogos ini adalah peluang terbaik untuk mencuba sendiri dua perisa baharu ini dalam suasana penuh kemeriahan. Bermula di Kuala Lumpur dan seterusnya menjelajah ke Pulau Pinang serta Johor Bahru, festival ini menjanjikan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga. Lokasi pertama akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 28 Ogos hingga 1 September, diikuti oleh Queensbay Mall, Penang dari 18 hingga 21 September, dan Johor Bahru dari 24 hingga 28 September. Maklumat lanjut mengenai lokasi Johor akan diumumkan tidak lama lagi.

Ikuti perkembangan terkini dan sorotan sepanjang festival ini melalui Facebook dan Instagram rasmi Nestlé Ice Cream Malaysia untuk tidak terlepas sebarang aktiviti menarik.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA

REVOLUSI DAPUR MODEN: VORWERK PERKENAL THERMOMIX® TM7 DAN KEDAI MERCU PERTAMA DI MALAYSIA