MONTIGO MENYEMAI KASIH: 100 KELUARGA TERIMA BANTUAN SEMPENA MERDEKA


RPG Commerce, syarikat induk kepada jenama kelengkapan minuman gaya hidup Montigo, memperkukuh komitmennya dalam membina jenama yang bermakna dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).


Sempena sambutan Merdeka, Montigo berganding bahu dengan YFBM dalam misi Kembara Merdeka 68—sebuah usaha nasional untuk menyampaikan bantuan dan menyemarakkan semangat perpaduan serta keprihatinan. Sepanjang program dua hari tersebut, warga kerja RPG Commerce bergotong-royong membungkus dan mengagihkan bantuan bernilai lebih RM68,000 kepada keluarga yang memerlukan, termasuk komuniti Orang Asli dan OKU di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.


Menurut Melvin Chee, Ketua Pegawai Eksekutif RPG Commerce, “Di RPG, kami bersemangat untuk membina jenama yang membawa kegembiraan dalam kehidupan seharian pengguna. Apabila jenama kami berkembang, kami percaya adalah sama penting untuk memberi kembali kepada masyarakat kerana setiap individu berhak menikmati bukan sahaja produk kami, tetapi juga semangat prihatin dan hubungan yang diwakilinya.”


Inisiatif CSR ini bukan sahaja mencerminkan misi RPG Commerce untuk mencipta jenama yang berjiwa, malah turut mengukuhkan budaya kebaikan dan semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan. Dengan kerjasama YFBM, syarikat memastikan sumbangan yang diberikan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.


Melangkah ke hadapan, RPG Commerce berhasrat untuk terus memperluas usaha CSR selaras dengan visinya untuk membina jenama yang memberi impak bermakna kepada kehidupan pengguna dan komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rpg.ventures 


Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA

REVOLUSI DAPUR MODEN: VORWERK PERKENAL THERMOMIX® TM7 DAN KEDAI MERCU PERTAMA DI MALAYSIA