DESTINASI SEKUNDER DI MALAYSIA JADI TUMPUAN AGODA SEMPENA HARI PELANCONGAN SEDUNIA
Menjelang sambutan Hari Pelancongan Sedunia, platform pelancongan digital Agoda mengetengahkan destinasi sekunder di Malaysia  yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong. Sebagai tuan rumah rasmi Hari Pelancongan Sedunia 2025, Malaysia menyaksikan lonjakan yang ketara dalam jumlah carian bagi destinasi yang kurang dikenali tetapi kaya dengan tarikan tersendiri. Berdasarkan data Agoda, carian untuk lokasi-lokasi ini meningkat sebanyak 22% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.
Fenomena ini mencerminkan perubahan citarasa pelancong yang kini lebih cenderung mencari pengalaman unik dan autentik. Malah, minat terhadap destinasi sekunder di Malaysia telah mengatasi lokasi tradisional yang popular dengan kadar 3 peratus. Perubahan ini seiring dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan ’permata tersembunyi’ (hidden gems) dan memperkukuh pelancongan serantau. Sebagai persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, Malaysia sedang membangunkan zon pelaburan khas di destinasi sekunder bagi mempertingkatkan infrastruktur dan menggalakkan amalan pelancongan mampan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), sebanyak 43 kawasan telah dikenal pasti sebagai calon zon pelaburan ini, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan di kawasan yang sedang meningkat naik.
Sebagai platform pelancongan digital, Agoda memainkan peranan penting dalam mempromosikan bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar di Malaysia. Melalui sokongan teknologi, Agoda membantu pengusaha penginapan di kawasan ini untuk beralih ke platform digital, sekali gus meningkatkan keterlihatan dan capaian mereka kepada pelancong. Dengan kerjasama organisasi pengurusan destinasi, Agoda memanfaatkan data dan saluran pemasaran untuk menonjolkan lokasi yang jarang diberi perhatian.
Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern berkata, “Peningkatan populariti destinasi sekunder membuka peluang untuk membina industri pelancongan yang lebih inklusif dan merangsang ekonomi setempat. Agoda berbangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini dengan memperkenalkan lokasi-lokasi ini kepada khalayak global. Kami percaya apabila pelancongan dikembangkan secara menyeluruh, manfaatnya akan dirasai oleh lebih banyak komuniti.”
Sempena Hari Pelancongan Sedunia, Agoda melancarkan kempen jualan istimewa yang berlangsung dari 24 September hingga 8 Oktober. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk tempahan hotel, dengan jualan kilat khas pada 27 September dan 6 Oktober menawarkan potongan sehingga 70%, termasuk tawaran eksklusif untuk penerbangan dan aktiviti liburan. Ahli VIP Agoda pula akan menerima akses awal kepada tawaran ini dari 21 hingga 23 September. Untuk maklumat lanjut dan tawaran terbaik, layari Agoda.com atau aplikasi mudah alih Agoda.
.jpg)
Comments
Post a Comment