F&NHB LANCAR NUTRIWELL DI MALAYSIA, PUPUK KESEJAHTERAAN SECARA SEMULA JADI
NutriWell, jenama kesihatan dan kesejahteraan di bawah Fraser & Neave Holdings Bhd (“F&NHB”) kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Dengan kehadiran kukuh di Singapura dan penembusan ke pasaran Thailand baru-baru ini, NutriWell terus melebarkan sayap di rantau ini dengan satu misi jelas: menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses melalui minuman berasaskan tumbuhan yang lazat dan berkhasiat.
NutriWell bukan sekadar satu jenama minuman; ia mewakili pendekatan holistik terhadap kesejahteraan, dengan menawarkan produk yang menyokong gaya hidup moden tanpa berkompromi dengan rasa atau kualiti.
Pilihan yang sihat lagi lazat
Bagi meraikan pelancarannya di Malaysia, NutriWell melancarkan kempen serantau bertemakan ‘Healthy Should Taste This Good’, yang mencabar tanggapan lapuk bahawa pilihan sihat selalunya membosankan atau tawar — sebaliknya menekankan bahawa pilihan sihat juga boleh enak dan penuh khasiat.
Menerusi penceritaan bertenaga dan visual yang menakjubkan, NutriWell memperkenalkan rangkaian minuman berasaskan tumbuhan — setiap satu dirumus bagi menawarkan rasa enak bersama manfaat kesihatan. Sama ada untuk memulakan hari di rumah, bersantai di kafe kegemaran atau sekadar mencari alternatif lebih sihat, NutriWell mengajak semua untuk mentakrif semula makna ‘rasa yang sihat’.
Diilhamkan oleh alam semula jadi dan disokong sains pemakanan, minuman NutriWell bebas kolesterol secara semula jadi, tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, kaya dengan kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat, serta tinggi kandungan Vitamin D — menjadikannya pilihan sempurna bagi mereka yang mencari alternatif bebas tenusu yang berkhasiat.
Mengenali rangkaian NutriWell
Rangkaian Beras, Bijirin, Kekacang dan Biji-bijian
● NutriWell Oat M!lk
Alternatif bebas tenusu yang lemak berkrim dan tinggi Vitamin D. Teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan yang berkhasiat dan penuh kenikmatan.
● NutriWell Almond M!lk
Minuman berasaskan tumbuhan dengan aroma serta rasa badam yang berani dan pekat.
● Oats & Quinoa Soy M!lk
Menggabungkan manfaat oat dan quinoa, sarat dengan kebaikan berasaskan tumbuhan.
● Purple Rice Soy M!lk
Gabungan unik beras ungu yang kaya antioksidan bersama soya, menawarkan rasa unik dan menjadi sumber serat makanan — sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan tanpa mengorbankan khasiat.
Memperkukuh kehadiran digital bagi memupuk kesejahteraan harian
NutriWell turut melancarkan laman web dan platform media sosial baharu bagi mendekati lebih ramai pengguna serta berkongsi falsafah kesejahteraannya. Platform digital ini menjadi hab untuk kandungan interaktif — daripada tip kesihatan praktikal, pengetahuan tentang ramuan hinggalah inspirasi gaya hidup — bagi menyokong pilihan harian yang lebih bijak dan menyeronokkan. Dengan mengukuhkan kehadiran dalam talian, NutriWell menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses dan relevan dengan gaya hidup moden.
“Kesejahteraan bermula dengan pilihan kecil — seperti minuman yang enak dan baik untuk tubuh,” kata Ketua Pegawai Jenama dan Komersial, Fraser and Neave Limited, Ronnie Teo. “Dengan NutriWell, kami menggabungkan nutrisi semula jadi dengan rasa enak, dengan cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Kesihatan seharusnya berasa selazat ini. Jadi, hirup, senyum dan nikmatilah hidup.”
Ketua Pegawai Pemasaran, F&N Beverages Marketing, Fraser & Neave Holdings Bhd, Leong Wai Yin pula berkata, “Kami terinspirasi oleh generasi muda Malaysia yang semakin mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan — meneroka pilihan makanan lebih sihat, dan menyertai aktiviti kecergasan sosial seperti kelab larian, pickleball, sukan rakit dan pilates. Bagi memenuhi peningkatan permintaan ini, kami membangunkan NutriWell dengan rasa yang serasi dengan cita rasa tempatan, serta menggunakan ramuan berkualiti tinggi dan berkhasiat — sumber kalsium, tinggi Vitamin D, dan tanpa bahan pengawet tambahan. Terdapat NutriWell buat semua, tidak kira dinikmati begitu sahaja, dicampur dalam kopi, ataupun dimasukkan ke dalam masakan.”
Keempat-empat varian susu berasaskan tumbuhan NutriWell kini boleh didapati di Giant, Lotus’s, AEON MaxValu, AEON BiG, Mydin, Jaya Grocer terpilih dan TFP Retail. Untuk maklumat lanjut, layari: https://nutriwellglobal.com/my.
Comments
Post a Comment