IKEA MALAYSIA RAIH PENSIJILAN HALAL JAKIM BAGI SEMUA RESTORAN, KAFE DAN BISTRO — MEMPERKUKUH AMALAN HALAL YANG TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN
IKEA Malaysia hari ini mengumumkan bahawa semua Restoran, Kafe dan Bistro IKEA di seluruh negara kini disahkan halal secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini secara rasmi mengiktiraf amalan halal yang telah lama diangkat di IKEA Malaysia, serta mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap setiap hidangan yang disajikan.
Selama hampir tiga dekad, prinsip halal telah menjadi panduan IKEA dalam penyediaan makanan di Malaysia, bermula daripada perolehan bahan-bahan yang diperakui halal, pematuhan piawaian penyediaan yang teliti, sehingga larangan tegas terhadap penggunaan bahan yang tidak dibenarkan. Pensijilan ini kini secara rasmi mengiktiraf serta memperkukuh amalan tersebut, sambil mengekalkan piawaian tinggi IKEA terhadap kualiti dan keselamatan, sekali gus memberikan rakyat Malaysia lebih keyakinan serta ketenangan fikiran.
“Kasih sayang rakyat Malaysia terhadap makanan kami sentiasa menjadi inspirasi kami, dan itu adalah sesuatu yang amat kami hargai,” kata Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys. “Pensijilan ini mencerminkan penghormatan kami terhadap kepercayaan, budaya dan komuniti.”
Tambau beliau lagi, “Di Malaysia, halal bukan sekadar pematuhan. Ia adalah soal kepercayaan, penghormatan budaya, dan tuntutan keagamaan. Menerusi kerjasama erat dengan JAKIM, kami memastikan pematuhan sepenuhnya dalam aspek perolehan bahan, operasi dapur dan latihan kakitangan. Pensijilan ini akan memperkukuh lagi ikatan yang kami kongsi bersama rakyat Malaysia, serta membuktikan kami menghargai apa yang paling penting bagi mereka.”
Pensijilan ini diperoleh susulan proses pemeriksaan yang ketat serta kerjasama rapat dengan JAKIM, yang merangkumi pengesanan sumber bahan, proses kerja dapur, dan latihan kakitangan.
Pengiktirafan ini turut memperkukuh janji IKEA Malaysia untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik, bukan sahaja melalui kelengkapan rumah, tetapi juga sajian yang mencerminkan nilai, cita rasa dan harapan masyarakat tempatan.
Malcolm turut menambah, “Kami sentiasa meneroka cara untuk menjadikan pengalaman makanan di IKEA lebih inklusif, mudah diakses dan berpatutan. Ini juga termasuk usaha memperkenalkan lebih pilihan yang lestari, mengurangkan pembaziran makanan, serta menyajikan hidangan yang bukan sahaja enak, tetapi juga lebih baik untuk manusia dan bumi ini.”
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment