JAYA GROCER PERKUKUH KEHADIRAN DI JOHOR DENGAN CAWANGAN BAHARU DI TOPPEN SHOPPING CENTRE


Jaya Grocer, rangkaian pasar raya tempatan Malaysia, hari ini secara rasmi telah membuka cawangan terbaharunya di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru. Cawangan baharu ini merupakan cawangan kelima Jaya Grocer di Johor, sekali gus mengukuhkan kehadiran jenama tersebut di negeri ini serta komitmennya untuk membawakan barangan runcit segar dan berkualiti tinggi lebih dekat kepada komuniti tempatan - kini merangkumi rangkaian 54 cawangan di seluruh negara.

Majlis perasmian tersebut telah diserikan dengan kehadiran YBhg Tuan Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru; Ketua Pegawai Eksekutif Daniel Teng dan Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Joseph Teoh, kesemuanya dari Jaya Grocer; serta Pengarah Komersil Ikano Centres Sabrina Caserta dan; Pengurus Besar Toppen Shopping Centre, Sergey Aristarkhov.

Pembukaan cawangan baharu Jaya Grocer di Johor mengukuhkan lagi kerjasama dengan rangkaian perniagaan dan pembekal tempatan, sekali gus meneruskan usaha sedia ada dengan pelbagai pembekal di seluruh Johor. Sebagai contoh, kerjasamanya dengan FarmByte sejak tahun 2023 dalam membekalkan hasil segar terus daripada petani tempatan telah menyokong sektor pertanian negeri serta memperkasa potensi pendapatan komuniti petani. Pendekatan ‘dari ladang ke pasar raya’ - sebahagian daripada komitmen Jaya Grocer dalam mengekalkan piawaian global operasi peruncitannya, memastikan hasil segar sentiasa berada di tahap terbaik di samping mengurangkan jejak karbon daripada pengangkutan jarak jauh. Pembukaan cawangan baharu ini juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Johor Bahru.

"Pembukaan cawangan kami di Toppen Shopping Centre mengukuhkan visi Jaya Grocer untuk menjadi pilihan utama pengguna bagi barangan runcit segar dan berkualiti di Malaysia. Sebagai peneraju sektor runcit dalam-talian-ke-luar-talian, kami terus menyediakan pelbagai pilihan barangan daripada sumber tempatan dan antarabangsa kepada pelanggan pada harga yang berpatutan serta mudah diakses, dalam persekitaran moden, bersih dan tersusun, selaras dengan falsafah jenama kami. Cawangan ini direka untuk memberikan penduduk Johor Bahru pengalaman membeli belah yang mudah dan menyeronokkan, di samping memperkenalkan produk eksklusif serta mengekalkan standard yang diharapkan oleh pelanggan kami," kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

"Kami mengalu-alukan perluasan rangkaian Jaya Grocer di Johor dengan pembukaan cawangan baharu di Toppen Shopping Centre. Sejak 2023, kerjasama FarmByte dengan Jaya Grocer telah memperluas peluang pasaran bagi komuniti pertanian tempatan - menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Johor, mewujudkan peluang pekerjaan, serta mengukuhkan hubungan antara perniagaan dan komuniti untuk jangka masa panjang. Kami berharap untuk mengembangkan lagi kerjasama ini, dan mengalu-alukan peluang meneroka kerjasama baharu bersama pemain industri bagi meningkatkan taraf hidup petani tempatan serta terus memajukan sektor agro-makanan negara," ujar YB Dato’ Mizan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, Kulim Agrofood Sdn Bhd / FarmByte Sdn Bhd.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem Grab, cawangan Toppen Shopping Centre turut menawarkan tawaran eksklusif melalui program Keahlian Jaya Grocer, serta kemudahan membeli-belah dalam talian melalui GrabMart, seperti cawangan Jaya Grocer yang lain. Disepadukan dengan aplikasi Grab dan program GrabRewards untuk kemudahan tambahan, Keahlian Jaya Grocer membolehkan pelanggan mengumpul dan menebus mata GrabRewards semasa membeli-belah.

Para pembeli juga boleh menantikan pelancaran produk eksklusif di bawah rangkaian jenama persendirian Jaya Grocer yang semakin berkembang, serta hasil kerjasama unik antara peniaga GrabFood Signature dan Jaya Grocer. Salah satu contoh menarik ialah transformasi Kek Chocolate Indulgence yang popular daripada Secret Recipe yang diolah menjadi perisa aiskrim unik hasil ciptaan Inside Scoop. Semua produk daripada rangkaian jenama persendirian dan kerjasama dengan peniaga GrabFood Signature boleh diperoleh secara eksklusif di semua cawangan Jaya Grocer di seluruh negara serta melalui GrabMart.

Sebagai pelengkap kepada kejayaan terbarunya, Jaya Grocer baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Pasar Raya Terbaik Malaysia di Anugerah Retail Asia 2025.



Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA