WATSONS CLUB RAIKAN ULANG TAHUN KE-15 DENGAN EXPO GANJARAN EKSKLUSIF


Watsons Malaysia secara rasmi melancarkan Watsons Biggest Rewards Expo 2025 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Acara selama empat hari ini berlangsung sehingga Ahad, 28 September 2025, bersempena ulang tahun ke-15 kelab keahlian Watsons Club.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh, serta selebriti Watsons, Mekyun dan Munaa Bella.


Expo ini menghimpunkan pelbagai jenama dari kategori kesihatan, kecantikan, penjagaan diri, kosmetik dan gaya hidup, menjadikannya acara ganjaran keahlian terbesar pernah dianjurkan.

Antara tarikan utama termasuk hadiah percuma dengan pembelian minimum RM80, ganjaran bernilai sehingga RM1,000 di Zon W Rewards, sampel percuma dan hadiah eksklusif untuk ditebus. Ahli Watsons yang mendaftar turut menerima baucar RM10 dan hadiah misteri.


Sempena ulang tahun Watsons Club, satu ciri baharu diperkenalkan iaitu ‘Share Points’, membolehkan ahli berkongsi mata ganjaran dengan mudah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lebih menarik, ahli Watsons berpeluang memenangi rumah baharu di Centrum Iris, Cameron Highlands yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad. Untuk menyertai, ahli hanya perlu berbelanja minimum RM50 menggunakan kad Visa di stor fizikal atau dalam talian antara 1 September hingga 27 Oktober dan menghantar penyertaan melalui pautan: https://survey.aswatson.net/WISE/index.php/survey/index


Watsons juga baru-baru ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai program ganjaran keahlian dengan jumlah sentuhan pedagang terbanyak di Malaysia. Melalui aplikasi Watsons, ahli boleh menebus ganjaran harian bermula dari hanya 10 mata, termasuk ais krim percuma, baucar petrol, makanan dan minuman, serta pelbagai lagi di lebih 5,000 lokasi rakan dagang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari https://www.watsons.com.my/membership

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

QIFARAH: FILEM THRILLER SERAM TERBAHARU SIAP MENGGEGARKAN PAWAGAM MULAI 9 OKTOBER!