WEDDINGS AT RENAISSANCE SHOWCASE 2025 MEMPERSEMBAHKAN PERKAHWINAN IDAMAN PENUH GAYA DAN KEANGGUNAN


Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre bakal melancarkan Weddings at Renaissance Showcase yang pertama pada 20 September 2025. Acara ini merupakan pengalaman imersif yang direka khas untuk membawa pasangan pengantin menyelami pelbagai idea baharu dalam merancang hari bahagia mereka—daripada lokasi eksklusif dan sajian katering yang dikurasi, sehinggalah kepada pengalaman luar biasa dan sorotan program yang mencetuskan ilham.

Menurut Martin Ehlers, Pengurus Besar Hartanah Berganda bagi Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre dan Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre: “Kami amat teruja untuk memperkenalkan showcase perkahwinan pertama kami, sebagai komitmen dalam mencipta sambutan yang tidak dapat dilupakan dan pengalaman yang unik. Bersama rakan-rakan kolaborasi kami, acara ini menawarkan suasana eksperimental di mana pasangan boleh meneroka pakej perkahwinan inovatif yang direka khas untuk detik-detik bermakna. Sajian kulinari kami yang autentik dan telah memenangi anugerah juga bakal menjadi tarikan utama.”

Showcase ini akan berlangsung di Grand Ballroom hotel yang ikonik dan bebas tiang, yang telah menjadi saksi kepada pelbagai majlis perkahwinan sejak tahun 1996. Selepas pembukaan semula hotel pada 2023, dewan ini tampil dengan rekaan seni bina baharu yang mengutamakan fungsi dan estetika. Pasangan pengantin akan dipandu oleh pakar perkahwinan hotel untuk meneroka pelbagai tawaran menarik termasuk rekaan dekorasi, pengalaman makanan dan minuman yang imersif, fesyen pengantin, gaya dandanan dan banyak lagi.

Showcase ini juga menandakan kerjasama eksklusif hotel bersama J & Kel Creation, yang akan mempersembahkan pertunjukan fesyen khas koleksi pengantin dan barang kemas mereka—hanya tersedia untuk tontonan awam pada hari tersebut.

Untuk memberi gambaran keseluruhan pengalaman perkahwinan, program turut merangkumi:
  • The Art of Catering oleh pasukan kulinari hotel
  • Evenings at Renaissance – ritual mixologi untuk mocktail dan koktel perkahwinan
  • Lawatan hotel eksklusif termasuk ke Presidential Suite yang mewah
Antara rakan kolaborasi lain yang turut serta termasuk:
J’Adore Atelier, Renaissance Paris Republique Hotel, Renaissance Bali Uluwatu Resort & Spa, Renaissance Bangkok Ratchaprasong Hotel, Louis Gan Photography, Ken Chan Production, O Flwr, By Laura, Shatila Scribes, Chuck’s, A.F.S. Engineering (Malaysia) Sdn Bhd, Japhet Bong, dan Bloom & Grooms Florist.

Pasangan yang hadir berpeluang meneroka pakej perkahwinan eksklusif, menikmati keistimewaan ahli Marriott Bonvoy, dan menerima ganjaran istimewa daripada pihak hotel. Dengan perbelanjaan minimum RM150,000, pasangan layak menerima hadiah bulan madu ke Paris, Bali atau Bangkok. Jika perbelanjaan mencecah RM300,000, nikmati penginapan dua malam di Presidential Suite sebagai tambahan istimewa. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Weddings at Renaissance Showcase terbuka kepada umum pada 20 September 2025, dari jam 11 pagi hingga 8 malam di Grand Ballroom, Aras 1, Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.
Daftar awal untuk menyertai pengalaman ini atau hubungi: +603 2706 8088
kulrn.kulfk.sales@marriott.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

POLIS EVO KEKAL KUKUH 10 TAHUN, PENCETUS REVOLUSI INDUSTRI FILEM TEMPATAN

CABARAN MUKTAMAD PENYEMBELIH 2025: PLATFORM SERANTAU UNTUK KEPAKARAN DAN KREATIVITI