ZFIX SASAR CIPTA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK PENUKARAN BATERI iPHONE TERBANYAK DALAM 12 JAM


Zfix, jenama tempatan yang semakin dikenali dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintar, bakal melakar sejarah menerusi cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam. Acara ini dijadualkan berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di cawangan baharu Zfix, Bangunan PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam.

Ditubuhkan pada tahun 2022, Zfix telah berkembang pesat sebagai penyedia servis yang dipercayai, khususnya untuk peranti Apple. Dikenali dengan pendekatan profesional, telus dan beretika, Zfix kini bersedia untuk membuktikan keupayaan teknikal dan operasinya di peringkat nasional.
Cubaan rekod ini akan melibatkan 30 juruteknik bertauliah, 10 petugas audit dan sokongan operasi serta 5 kaunter verifikasi sah. Sasaran lebih 1,000 unit bateri ditukar dalam tempoh 12 jam bukan sahaja menonjolkan kecekapan Zfix, malah menekankan kepentingan penjagaan peranti pintar secara sah dan profesional.

Objektif Cubaan Rekod:

• Menetapkan penanda aras kebangsaan dalam servis pembaikan telefon pintar.
• Menampilkan profesionalisme industri yang mematuhi piawaian keselamatan, dokumentasi dan integriti.
• Meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan servis bertauliah dan penggunaan alat ganti tulen.

Setiap penukaran bateri akan direkodkan secara manual dan digital, lengkap dengan nombor siri bateri lama dan baharu, disahkan oleh juruteknik serta dirakamkan melalui video tanpa henti. Semua data akan diaudit secara langsung dan diserahkan kepada MBOR dalam tempoh 48 jam selepas acara berakhir.

Zfix Mobile Fest: Acara Komuniti Berteknologi Tinggi

Sempena cubaan rekod ini, Zfix turut menganjurkan Zfix Mobile Fest — sebuah acara interaktif yang menawarkan pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel penjagaan peranti, cabutan bertuah, photo booth, TikTok challenge booth, zon rehat, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan zon kanak-kanak.

Acara ini disasarkan sebagai platform inklusif untuk pengguna, pencinta teknologi dan keluarga yang ingin memahami dunia servis telefon secara lebih mendalam. Ia bukan sekadar acara teknikal, tetapi satu inisiatif komuniti untuk memperkasa pengguna dengan pengetahuan dan amalan penjagaan peranti yang sah dan selamat.

Komitmen Zfix Terhadap Piawaian Industri

Menurut Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, cubaan mencipta rekod ini adalah simbol komitmen jenama terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. “Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi,” katanya.

Zfix berharap cubaan ini mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan servis teknologi yang bertauliah dan diyakini.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

DARIPADA PENGELAKAN KE TINDAKAN: MEMAHAMI REALITI KONSULTASI BERSAMA PAKAR UROLOGI

FWD SERTAI POS MALAYSIA RUN 2025 SEBAGAI RAKAN UTAMA