ZIPLINE HYFLY MELUNCUR TINGGI DI SKYLINE LUGE KUALA LUMPUR, PENGEMBARAAN UDARA PERTAMA SEUMPAMANYA DI ASIA


Skyline Luge Kuala Lumpur melonjak ke mercu baharu dengan pelancaran Zipline HyFly (HyFly), pengembaraan udara pertama seumpamanya di Asia yang mengajak pengunjung merasai sensai meluncur di udara dengan cara yang tiada tandingan. Bersempena sambutan bulan patriotik Malaysia dan musim cuti sekolah, HyFly menawarkan peluang istimewa untuk merasai kebebasan sebenar di langit sambil meraikan keterujaan kemerdekaan.

Tidak seperti zipline tradisional yang hanya bergerak lurus, HyFly memperkenalkan Sistem Kabel-ke-Landasan yang merevolusikan pengalaman meluncur di udara. Rasai hembusan angin menerpa rambut ketika anda meluncur melalui selekoh, pusingan dan putaran merentasi taman. Ini bukan sekadar tunggangan, tetapi peluang untuk merasai luncuran bebas menentang graviti, merasai kebebasan sebenar, dan mencipta pengalaman yang penuh keterujaan.

HyFly juga memberikan kawalan di tangan anda, membolehkan setiap pengunjung mencipta pengembaraan mengikut gaya sendiri. Dengan keupayaan Pelancaran Berkembar, anda boleh meluncur bersebelahan dengan rakan untuk membangkitkan persaingan mesra. Peluncuran ini diakhiri dengan pilihan: melakukan Jatuh Bebas setinggi 15 meter yang penuh adrenalin, atau memilih pendaratan yang lebih santai melalui tangga. Sama ada untuk mengeratkan hubungan bersama rakan atau menikmati debaran secara solo, HyFly memberikan kebebasan untuk anda mencipta pengalaman mengikut kehendak sendiri.

“Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, Skyline Luge Kuala Lumpur telah menerima dua juta pengunjung, membuktikan bahawa rakyat Malaysia bukan sekadar menginginkan pengembaraan tetapi juga benar-benar menghayatinya,” kata Logan Chandler, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur. “Terinspirasi oleh semangat tersebut, kami yakin Malaysia adalah lokasi terbaik untuk HyFly. Tarikan ini dicipta untuk menghadirkan detik kebebasan yang sebenar – saat jantung berdegup kencang dipenuhi kegembiraan, sambil membangkitkan semula rasa ingin tahu tanpa gentar yang pernah kita rasai sewaktu kecil dahulu. Inilah cara kami meraikan semangat hidup rakyat Malaysia yang dipenuhi keberanian, tawa riang, dan detik keterujaan yang dikongsi bersama.”

September ini, rasai debaran berganda dengan dua pengembaraan perintis bertaraf dunia di satu destinasi – menunggang di trek Luge yang berliku di daratan dan menguasai langit dengan HyFly. Sama ada menunggang menuruni bukit atau meluncur tinggi di udara, Skyline Luge Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh semua. Sama ada kunjungan pertama atau kali yang seterusnya, sentiasa ada perkara baharu untuk bergembira dan mencipta kenangan yang kekal abadi.


Kunjungan ke sini kini lebih mudah berbanding sebelumnya! Nikmati perkhidmatan pengangkutan pergi-balik percuma dari Berjaya Times Square ke Skyline Luge Kuala Lumpur apabila anda membeli tiket melalui Trip.com.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai Zipline HyFly– pengalaman meluncur udara pertama seumpamanya di Asia – dengan tawaran eksklusif berikut:

i. Promosi Pelancaran – Nikmati diskaun sehingga RM15 untuk Kombo HyFly + Luge Ride

Tawaran sah untuk pembelian dalam talian dan di kaunter dari 13 September hingga 14 Oktober 2025, dengan tambahan diskaun 5% bagi pembelian dalam talian:
  • Kombo HyFly + 3 Luge Ride: RM95.00* (harga asal RM110.00)
  • Kombo HyFly + 4 Luge Ride: RM100.00* (harga asal RM115.00)
  • Kombo HyFly + 5 Luge Ride: RM105.00* (harga asal RM120.00)
*Harga yang tertera sudah termasuk tambahan diskaun 5% untuk pembelian dalam talian, harga pembelian di kaunter mungkin berbeza.


ii. Promosi Cuti Sekolah – Nikmati diskaun sehingga 20% untuk Kombo Luge Ride

Tawaran sah untuk pembelian dalam talian dan di kaunter dari 8 September hingga 30 September 2025, dengan tambahan diskaun 5% bagi pembelian dalam talian:
  • Kombo Skyride + 2 Luge Ride: RM47.50* (harga asal RM60.00)
  • Kombo Skyride + 3 Luge Ride: RM57.00* (harga asal RM65.00)
  • Kombo Skyride + 4 Luge Ride: RM66.50* (harga asal RM75.00)
  • Kombo Skyride + 5 Luge Ride: RM76.00* (harga asal RM85.00)
*Harga yang tertera sudah termasuk tambahan diskaun 5% untuk pembelian dalam talian, harga pembelian di kaunter mungkin berbeza.

iii. Hujung Minggu “Share-a-Coke”:

Dapatkan tin Coke bercetakan peribadi degan nama anda apabila membeli mana-mana Kombo HyFly + Luge beserta dua minuman Coke di lokasi, antara 13 hingga 15 September 2025.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari laman web kami atau ikuti berita terkini, pemberian hadiah menarik, serta promosi di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

DARIPADA PENGELAKAN KE TINDAKAN: MEMAHAMI REALITI KONSULTASI BERSAMA PAKAR UROLOGI

FWD SERTAI POS MALAYSIA RUN 2025 SEBAGAI RAKAN UTAMA