FERNLEAF MELANCARKAN KEMPEN “KEBAIKAN NUTRISI UNTUK SETIAP GENERASI”
Fernleaf, jenama susu tepung keluarga No.1 di Malaysia[1], meraikan generasi warga Malaysia yang membesar dengan kebaikan tenusu yang dipercayai melalui kempen warisan peringkat nasional, iaitu “Kebaikan Nutrisi Untuk Setiap Generasi.” Kempen yang kini berlangsung sehingga 30 November 2025 ini mengetengahkan komitmen berterusan Fernleaf terhadap kebaikan semula jadi tenusu New Zealand dan peranannya untuk terus membekalkan khasiat kepada semua keluarga Malaysia, dahulu, kini, dan masa depan.
“Sejak lebih 40 tahun dahulu, Fernleaf telah menjadi jenama dipercayai dalam kehidupan keluarga Malaysia sama ada dari meja sarapan hingga ke bekal makan tengah hari anak-anak ke sekolah. Kempen ini adalah cara kami meraikan perjalanan tersebut, dan lebih penting lagi, kisah sebenar keluarga yang membesar bersama Fernleaf, mewariskan kebaikan yang sama dari satu generasi ke generasi berikutnya. Kepercayaan berterusan pengguna menjadikan Fernleaf pilihan utama keluarga dari dahulu hingga kini. Kami berharap untuk terus berkembang bersama rakyat Malaysia, membekalkan nutrisi kepada generasi akan datang dengan penjagaan, kepercayaan dan kebaikan yang telah menjadi sebahagian hidup mereka sejak berdekad,” kata Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dan Singapura.
Warga Malaysia boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang diadakan bersesuaian untuk seisi keluarga serta mencipta memori indah bersama. Antaranya termasuklah trak susu Fernleaf, roadshow, Citarasa Malaysia Bersama Fernleaf, video bersiri yang menyentuh hati “Disayangi Setiap Generasi”, serta peraduan Beli & Menang yang menawarkan hadiah berupa emas bernilai tinggi serta Cooler Bag vintaj Fernleaf edisi terhad yang berupa tin susu ikonik Fernleaf. Setiap inisiatif menekan peranan Fernleaf dalam setiap keluarga Malaysia dan mengingatkan kita bahawa walaupun masa berubah, kebaikan Fernleaf kekal sama dalam membekalkan kebaikan nutrisi setiap ahli keluarga dari generasi ke generasi.
Sajian Minuman Klasik Warga Malaysia di Trak Susu Fernleaf
Dari kini hingga 31 Oktober 2025, nantikan kehadiran trak susu Fernleaf yang akan menjelajah seluruh negara dengan membawa perisa minuman klasik kegemaran warga Malaysia! Nikmati Teh Tarik, Sirap Bandung, dan Susu Coklat Ais segar secara percuma yang semuanya disediakan dengan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan Susu Tepung Fernleaf Family Chocolate. Pengunjung juga boleh mencuba resipi kegemaran ini di rumah dan mengumpul magnet peti sejuk vintaj Fernleaf edisi terhad yang hadir dengan 5 rekaan unik serta beg tote plushie Fernleaf eksklusif dengan 3 rekaan unik!
Dengan mengetengahkan minuman klasik yang dekat di hati warga Malaysia, kempen ini bukan sahaja menonjolkan kepelbagaian produk Fernleaf tetapi juga mengeratkan hubungan keluarga melalui rasa-rasa abadi dan mencipta memori penuh kegembiraan
Video Bersiri “Disayangi Setiap Generasi”
Tontoni video tersebut di pautan ini
Fernleaf turut melancarkan siri video menyentuh hati bertajuk “Fernleaf: Disayangi Setiap Generasi,” yang meraikan ikatan keluarga yang tidak ternilai dan kehadiran Fernleaf yang dipercayai merentasi generasi.
Diilhamkan daripada kisah-kisah sebenar keluarga Malaysia, siri ini menampilkan tiga video dengan watak Ayu, Angie, dan Sri Devi yang berkongsi kisah perjalanan membesarkan anak-anak dan perbezaan yang wujud disebabkan jurang generasi dengan ibu bapa mereka serta keceriaan kehidupan berkeluarga setiap hari. Menerusi kisah-kisah ini, Fernleaf menonjolkan bagaimana kebaikan tenusu berkualiti terus menyatukan keluarga merentasi kaum dan komuniti pada masa lalu dan masa kini.
Roadshow Citarasa Malaysia Bersama Fernleaf
Kempen ini juga dimeriahkan dengan siri roadshow Citarasa Malaysia Bersama Fernleaf, yang sedang berlangsung di seluruh negara, hingga 31 Oktober 2025. Jelajah ini memberi peluang kepada warga Malaysia untuk:
- Menikmati sampel minuman klasik Malaysia PERCUMA – Teh Tarik, Sirap Bandung, dan Susu Coklat Ais yang dibuat dengan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan Susu Tepung Fernleaf Family Chocolate;
- Sertai permainan plinko yang menyeronokkan dan bawa pulang magnet peti sejuk vintaj Fernleaf edisi terhad secara PERCUMA!
- Tebus beg jinjing plushie Fernleaf eksklusif; dan
- Sertai peraduan Beli & Menang untuk peluang memenangi jongkong emas dan Cooler Bag vintaj Fernleaf edisi terhad.
Peraduan Beli & Menang Peringkat Nasional
Fernleaf juga ingin menghargai pengguna setianya melalui peraduan Beli & Menang, yang menawarkan warga Malaysia peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan! Dari 1 September hingga 30 November 2025, melalui pembelian produk Fernleaf bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit, anda berpeluang memenangi jongkong emas 999.9 atau Cooler Bag Vintaj Fernleaf edisi terhad. Ini adalah penghargaan Fernleaf terhadap pengguna setia, anda kini berpeluang mendapatkan ganjaran Istimewa dengan pembelian harian anda!
Selain tawaran hadiah dan promosi, Fernleaf terus menyumbang kepada warga Malaysia dengan cara yang bermakna. Sempena Sambutan Kemerdekaan, jenama ini dengan bangganya menyumbang produk susu bernilai RM200,000 melalui penyajian hampir 20,000 cawan secara percuma untuk warga Malaysia yang hadir pada acara perbarisan tersebut. Usaha ini menyerlahkan lagi komitmen jangka panjang Fernleaf dalam memberikan kebaikan khasiat kepada warga Malaysia merentasi pelbagai generasi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen penuh makna ini! Ketahui lebih lanjut mengenai “Kebaikan Nutrisi Untuk Setiap Generasi” dan aktiviti menarik lain, serta bagaimana anda boleh turut serta dengan melayari Facebook Fernleaf (@FernleafMalaysia), Instagram (@fernleaf_malaysia), TikTok (@fernleafmy), atau laman web rasmi Fernleaf di https://www.fernleaf.com.my/en.html .
*Nielsen: Moving Average Total Sales Value Market Share since 2018.
Comments
Post a Comment