LEGO® BOTANICAL GLASSHOUSE PERTAMA ASIA MEKAR DI PAVILION KUALA LUMPUR


The LEGO Group memperkenalkan pengalaman interaktif baharu dengan pelancaran LEGO® Botanical Glasshouse pertama di Asia, bertempat di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur. Berinspirasikan set 21353 LEGO® Ideas The Botanical Garden, instalasi berskala besar ini berlangsung dari 15 hingga 26 Oktober dan menggabungkan elemen alam semula jadi, seni bina dan kreativiti dalam bentuk taman kaca yang memukau.

Bertemakan “Awaken Your Joy”, pop-up ini mengajak pengunjung untuk berehat seketika daripada rutin harian dan menikmati keindahan taman LEGO yang dipenuhi bunga-bunga romantik binaan bata. Antara tarikan utama termasuk jambatan ikonik menuju ke arca mawar merah jambu, Taman Bonsai LEGO, pancuran air LEGO, takhta bunga dan sudut foto “JOY”. Pengunjung juga boleh menyertai bengkel tangan untuk menghasilkan hadiah bunga LEGO buatan sendiri.


Sebagai pelengkap kepada pengalaman ini, The LEGO Group turut berkolaborasi dengan Malaysian Official Designers’ Association (MODA) untuk menganjurkan LEGO Botanicals Fashion Show pertama di rantau ini. Sebanyak 23 rekaan busana bertemakan bunga LEGO telah diperagakan pada 16 Oktober oleh pereka terkenal seperti Melinda Looi, Fiziwoo, Celest Thoi, Jimmy Lim dan ramai lagi, dengan Amber Chia membuka pentas peragaan.

Rekaan fesyen ini akan dipamerkan kepada umum sepanjang tempoh pop-up, membolehkan pengunjung menghayati gabungan seni reka bentuk dan permainan LEGO secara dekat.


Menurut Nina Patricia Da Costa, Pengurus Besar The LEGO Group bagi Singapura, Malaysia dan APAC Travel Retail, inisiatif ini bertujuan mengilhamkan peminat dewasa untuk meneroka keindahan LEGO sebagai medium ekspresi diri dan hadiah bermakna.

Koleksi LEGO® Botanicals kini ditawarkan di semua LEGO Certified Stores dan platform rasmi LEGO Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari laman sosial LEGO Malaysia dan Brick Magic.

Comments

Popular posts from this blog

CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN

SHOPEE MEMULAKAN 11.11 JUALAN HEBAT BERSAMA SHOPEE HOUSE DAN SHOPEE SUPERSTAR AWARDS 2025