NESCAFÉ LANCAR KEMPEN “NGOPI DULU & KEKAL KENTAL BERSAMA” RAIKAN SEMANGAT JUANG RAKYAT MALAYSIA
NESCAFÉ Malaysia memperkenalkan kempen terbaharunya bertajuk “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, satu gerakan aspirasi yang bertujuan untuk menghargai dan meraikan kisah kehidupan harian rakyat Malaysia sebagai tanda penghormatan kepada semangat kental yang menjadi inspirasi negara untuk terus maju.
Kempen ini menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia memiliki harapan dan impian tersendiri — sama ada demi keluarga, komuniti atau cita-cita peribadi — namun apa yang menyatukan mereka adalah semangat untuk kekal tabah dan tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. Sebagai simbol penghargaan terhadap semangat ini, NESCAFÉ turut melancarkan lagu tema berjudul “Kental Bersama” nyanyian penyanyi dan penulis lagu Black Hanifah, yang diinspirasikan daripada kisah sebenar rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, NESCAFÉ bukan sekadar jenama kopi, tetapi telah lama menjadi teman setia rakyat Malaysia dalam pelbagai detik kehidupan. “Melalui kempen ini, kami ingin mengajak semua untuk menyertai gerakan yang penuh kekuatan, perpaduan dan harapan,” katanya.
Muzik video “Kental Bersama” menampilkan tiga individu yang mencerminkan semangat juang rakyat Malaysia: Dr. Madhu, dikenali sebagai “Dr. Teddy Bear”, yang memberikan rawatan percuma kepada golongan gelandangan; Kak Dell, pemandu Grab dan guru tuisyen yang gigih mengejar impian menjadi penulis; serta Black Hanifah sendiri, yang menjadikan latar belakang sederhana dan kasih sayang terhadap keluarga sebagai inspirasi dalam muzik dan kehidupannya.
“Lagu ini lahir daripada kisah rakyat Malaysia sendiri,” ujar Black Hanifah. “Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar wujud apabila kita kekal kental bersama.”
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, NESCAFÉ turut memperkenalkan produk baharu NESCAFÉ Triple Shot, inovasi minuman kopi pekat yang dirumus khas untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang menggemari rasa kopi yang lebih kuat. Menurut Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé Malaysia, kajian menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam permintaan kopi yang lebih mantap, menjadikan pelancaran ini sebagai bukti komitmen NESCAFÉ terhadap inovasi yang relevan dengan gaya hidup pengguna.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan produk NESCAFÉ, orang ramai boleh melayari www.nescafe.com.my, Facebook NESCAFÉ Malaysia di facebook.com/Nescafe.MY dan Instagram @nescafe_my.
.jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment