DATO’ SRI ALIFF SYUKRI & BELLA ASTILLAH MEMPIMPIN SHOPEE 11.11 JUALAN HEBAT DENGAN DAILY SUPERSTAR LIVESTREAM, TAWARAN LAGI MURAH, DAN PENGHANTARAN PERCUMA!
Shopee 11.11 Jualan Hebat kini kembali, membawa keterujaan berganda kepada rakyat Malaysia dengan peluang mendekati selebriti kegemaran mereka melalui Daily Superstar Livestreams. Sepanjang tempoh kempen ini, barisan hos selebriti terkenal akan tampil setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang sheingga 11 November. Para pengguna boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk 50% Diskaun Harian, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, serta peluang memenangi hadiah istimewa sepanjang kempen berlangsung.
Berbelanja Bersama Bella Astillah dan Dato’ Sri Aliff Syukri
Sebagai Duta Jenama Shopee 11.11 Jualan Hebat, Bella Astillah dan Dato’ Sri Aliff Syukri membawakan keterujaan kepada para pembeli dengan dua cara istimewa tahun ini!
Penampilan Shopee Live dan Produk Eksklusif
Bella Astillah menyerikan Shopee dengan pelancaran stor rasmi pertamanya, Baellova. Saksikan beliau secara langsung di Shopee Live pada 6 November untuk mendapatkan gincu viral 3-dalam-1 pada harga istimewa RM27! Sementara itu, Dato’ Sri Aliff Syukri mempamerkan gaya glamor melalui koleksi beg tangan terbaharunya, Sallywhoo, yang menampilkan empat rekaan bergaya, dengan dua daripadanya dilancarkan secara eksklusif di Shopee Live pada 10 November. Jangan lepaskan sesi siaran langsung khas bersama kedua-dua bintang ini pada 11 November, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang di Shopee Live, untuk menikmati lebih banyak tawaran menarik dan hiburan yang mengujakan!
Menangi Hadiah Menarik Menerusi Shopee Farm dan Tap & Win
Rakyat Malaysia boleh turut serta dalam keseronokan kempen kali ini melalui Shopee Farm dan Tap & Win. Sertai peluang untuk menjadi antara 25 pemenang harian yang bakal menerima 500 pek Jeruk Mangga terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri dengan hanya menanam benih mangga di Shopee Farm. Peminat juga berpeluang untuk bertemu Bella Astillah secara eksklusif serta membawa pulang telefon Huawei baharu menerusi permainan Tap & Win sehingga 21 November ini.
Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik Sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat:
Daily Superstar Livestreams
Bermula sekarang hingga 11 November, Shopee bakal menampilkan Daily Superstar Livestreams dengan hos popular seperti Khairul Aming, Jojo Ghazali, dan Bella Khann, yang akan membawakan tawaran Lagi Murah sehingga 50%, serta baucar eksklusif yang boleh digabungkan semasa pembayaran. Jangan lepaskan peluang menyaksikan siaran langsung khas Khairul Aming pada 10 November jam 8 malam, diikuti dengan Maraton Livestream 12 jam pada 11 November, menampilkan duta jenama Shopee Bella Astillah dan Dato’ Sri Aliff Syukri! Layari https://shopee.com.my/m/shopee-live-superstars untuk melihat barisan penuh hos selebriti yang bakal tampil secara langsung.
50% Diskaun Harian
Nikmati 50% Diskaun Harian setiap hari untuk jenama-jenama terkemuka seperti Shahida D’Herbs, TTRacing, dan Russell Taylors, dan bawa pulang barangan kegemaran dengan harga yang tiada tandingan!
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Rasai kemudahan Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum setiap hari, dengan baucar bonus istimewa yang boleh direbut pada 11 November. Pilih juga opsyen Buyer-Self Collect untuk pengalaman pengambilan pesanan yang lebih pantas dan mudah!
Shopee x Proton
Shopee mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Proton bagi memperkenalkan All-New Saga secara rasmi di platform Shopee. Melalui kolaborasi istimewa ini, dua pemenang bertuah akan membawa pulang setiap seorang satu unit sedan ikonik baharu Malaysia ini. Pemenang akan diumumkan pada penghujung November menerusi laman media sosial rasmi Shopee.
Dibangunkan di atas platform Advanced Modular Architecture baharu Proton, All-New Saga menampilkan enjin 1.5L i-GT yang lebih canggih dengan peningkatan dari segi keselamatan dan sambungan pintar — termasuk Level 1 ADAS, sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, serta rekaan baharu yang diinspirasikan daripada identiti budaya Malaysia.
Pengguna Shopee boleh turut serta dalam kemeriahan dan berpeluang memenangi hadiah menarik melalui dua cara:
ICON Hunt
Dari 5 hingga 14 November, pengguna Shopee boleh menyertai ICON Hunt dengan menjejak All-New Saga yang menampilkan rekaan kereta bertema Shopee 11.11 di sekitar Lembah Klang. Ambil gambar atau video menarik bersama kereta tersebut, kemudian muat naik ke Facebook, Instagram, atau TikTok. Sertakan tanda pagar #ICONHunt, #AllNewSaga, #ShopeeMY1111, tag @shopee_my dan @ProtonCarsOfficial, serta pastikan hantaran tersebut kekal umum sekurang-kurangnya dua minggu selepas kempen berakhir. Setiap hantaran dikira sebagai satu penyertaan, dan peserta dengan gambar serta kapsyen paling kreatif akan memenangi sebuah kereta baharu All-New Saga!
SPayLater Shopee Mission
Pengguna juga boleh menyertai Proton x SPayLater Shopee Mission yang berlangsung sehingga 14 November. Aktifkan SPayLater, lengkapkan Shopee Mission yang ditetapkan untuk mengumpul mata dan dapatkan Golden Ticket! Pemegang Golden Ticket dengan jumlah mata tertinggi akan membawa pulang All-New Saga.
From Click to ICONic Drive
Ingin merasai sendiri pengalaman memandu All-New Saga? Daftar di laman kempen Shopee From Click to ICONic Drive dari 3 hingga 27 November, dan lengkapkan sesi pandu uji di mana-mana pusat Proton 3S atau 4S dari 28 November hingga 14 Disember. Seramai 2,000 peserta pertama yang layak akan menerima notifikasi dalam aplikasi Shopee dan Baucar RM50 yang akan dikreditkan secara automatik ke akaun mereka dalam tempoh sebulan selepas notifikasi diterima.
Promosi Eksklusif 11.11 Sah Sehari Sahaja!
Keterujaan kemuncak tiba pada 11 November dengan pelbagai promosi eksklusif untuk satu hari sahaja! Rebut peluang mendapatkan RM11 Knockout Deals serta baucar bonus yang akan dijatuhkan sepanjang hari untuk lebih banyak penjimatan. Nikmati juga RM1,111 Knockout Vouchers dan 11.11 Super Deals untuk diskaun besar bagi pesanan bernilai tinggi. Terus tambah penjimatan dengan baucar Penghantaran Percuma, tawaran di Shopee Video dan Shopee Live, tawaran Lagi Murah, serta baucar kedai untuk nilai yang tiada tandingan sempena 11.11 Jualan Hebat kali ini!
.jpeg)
Comments
Post a Comment