RANGGA DAN CINTA: DUA JIWA, SATU PUISI – LEGENDA CINTA REMAJA KEMBALI MENGGEGAR PAWAGAM
Dua puluh tahun selepas Ada Apa Dengan Cinta? mencetuskan fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000-an, kisah ikonik itu kini bernafas semula dalam versi yang lebih segar dan berani menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah tersohor Riri Riza. Filem muzikal romantik ini bakal menemui penonton Malaysia bermula 6 November 2025.
Barisan Bakat Baharu & Sokongan Gergasi Industri
Diterbitkan oleh Miles Films dan diterajui oleh Mira Lesmana bersama Nicholas Saputra dan Toto Prasetyanto, Rangga & Cinta turut mendapat sokongan Primeworks Studios sebagai pengedar rasmi di Malaysia. Filem ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat seperti Leya Princy, El Putra Sarira, Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, Rafi Sudirman dan Rafly Altama.
Cinta Bertemu Rangga – Bila Puisi Menjadi Bahasa Jiwa
Cinta (Leya Princy), pelajar popular yang berbakat seni dan disayangi ramai, hidup dalam dunia yang kelihatan sempurna bersama geng sahabatnya Alya, Maura, Milly dan Karmen. Namun segalanya berubah apabila Rangga (El Putra Sarira), pelajar misteri yang gemar mengekspresikan diri melalui puisi, muncul dan menewaskan Cinta dalam pertandingan puisi tahunan sekolah.
Pertemuan pertama mereka penuh ketegangan – Rangga dingin dan angkuh, Cinta pula cuba menyelami sisi sastera yang belum pernah disentuh. Dari kata-kata menjadi rasa, dari puisi menjadi cinta – hubungan mereka berkembang perlahan-lahan, menguji kesetiaan dan keberanian untuk memilih suara hati sendiri.
Muzikal Nostalgia – Lagu Lama, Jiwa Bahar
Lebih daripada sekadar adaptasi, Rangga & Cinta tampil sebagai interpretasi muzikal yang mengharmonikan sastera, lagu dan koreografi sebagai bahasa utama penceritaan. Lagu-lagu ikonik Melly Goeslaw dan Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia dan Bimbang kembali menghiasi layar, disulam dengan tiga lagu baharu termasuk lagu tema Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya – simbol penyatuan antara kenangan lama dan semangat baharu.
Kata Pengarah – Cinta, Identiti & Impian Remaja
“Walaupun ia kisah cinta remaja, Rangga & Cinta tetap mencerminkan realiti sosial semasa. Ia membangkitkan emosi yang kuat dan sangat relevan bagi penonton masa kini,” ujar Riri Riza. Beliau turut menyifatkan pengalaman mengarahkan filem ini sebagai antara yang paling emosional dalam kariernya – hasil dedikasi ratusan kru dan pelakon yang menjadikan setiap perincian filem ini penuh jiwa dan kehangatan.
RanggaCintaDiMalaysia – Kongsi Detik Cinta Anda
Jangan lepaskan peluang untuk menyelami semula dialog legenda dan puisi Rangga buat Cinta secara langsung di pawagam bermula 6 November 2025. Kongsikan detik tontonan anda di media sosial dengan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia – biar seluruh Malaysia turut merasai magis cinta ini.
Ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube untuk kandungan eksklusif dan perkembangan terkini filem Rangga & Cinta.
Kerana setiap generasi punya Rangga dan Cinta mereka sendiri.
.jpg)
Comments
Post a Comment