AEON MALL BAWAKAN "MERRIER CHRISTMAS EVER" DENGAN CROSSOVER DC CHIBI HEROES YANG PERTAMA DI MALAYSIA!
Raikan musim perayaan hujung tahun Krismas yang paling epik bersama AEON MALL. Bersedialah untuk mengalami ledakan warna, keceriaan dan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga serta rakan-rakan di AEON MALL, berlangsung kini sehingga 1 Januari 2026.
Perayaan Meriah di Seluruh Negara
Saksikan kolaborasi bersejarah! Ini adalah crossover Krismas yang pertama seumpamanya di Malaysia, menggabungkan ikon budaya pop global DC Chibi Super Heroes dengan semangat perayaan tempatan melalui kerjasama bersama Warner Bros. dan Pacific Licensing Malaysia.
Buat pertama kalinya, AEON MALL menghadirkan sambutan berskala mega dengan arca inflatable DC Chibi Super Heroes di kesemua 27 mall seluruh Malaysia, menawarkan peluang bergambar yang wajib direbut ketika membeli-belah di Christmas Market. Setiap AEON MALL turut menampilkan tarikan foto 360° dengan hiasan utama yang tinggi, sesuai untuk bergambar dari pelbagai sudut dan menjadi latar belakang selfie Krismas paling viral.
Lebih menarik, dekorasi bertema unik turut disediakan, daripada zon DC Heroes yang penuh tenaga hinggalah konsep Christmas Market yang menawan, menjanjikan pengalaman visual segar untuk semua pengunjung.
Rebut Koleksi DC Chibi Heroes Eksklusif!
Tahun ini, jangan lepaskan peluang memiliki koleksi edisi terhad yang sangat dinantikan: Eksklusif Limited-Edition DC Chibi Heroes Premiums. Koleksi wajib ada untuk setiap penggemar dan pengumpul!
Ganjaran Premium Eksklusif Untuk Ditebus Dengan 3 Resit Pada Hari Yang Sama
- Limited Edition DC Chibi Heroes Premium dengan perbelanjaan RM1,000 (Bukan Ahli AEON / Bukan Pemegang Kad UOB) atau RM800 (Ahli AEON / Pemegang Kad UOB)
- Unicorn Dessert Forks Set dengan perbelanjaan RM600 (Bukan Ahli AEON / Bukan Pemegang Kad UOB) atau RM400 (Ahli AEON / Pemegang Kad UOB).
- Special Santa Paper Bag dengan perbelanjaan RM250 (Bukan Ahli AEON / Bukan Pemegang Kad UOB) atau RM150 (Ahli AEON / Pemegang Kad UOB).
Koleksi premium ini terhad, eksklusif dan tidak boleh dilepaskan — rebut peluang sebelum ia habis.
Peraduan Kita & Menang
Tambah keseronokan dengan peraduan Count & Win Contest. Hanya berbelanja RM50 dalam satu resit di mana-mana penyewa AEON MALL, kira jumlah Santa di papan paparan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM30,000.
Suasana Krismas Penuh Keajaiban
Nikmati dekorasi bertema unik di AEON MALL seluruh negara — daripada zon DC Heroes yang penuh tenaga hingga konsep Christmas Market yang menawan. Setiap sudut menjadi lokasi foto istimewa dan pengalaman mesra keluarga.
Aktiviti & Persembahan Meriah
Rangkaian aktiviti menarik menanti anda, termasuk Fairy Dance yang mempesona, Little Heroes Parade yang comel, Mochi Parade penuh tenaga dan banyak lagi persembahan ceria sepanjang kempen.
Chibi Heroes Meet & Greet
Buat pertama kali di AEON MALL, peminat dijemput untuk berpakaian sebagai superhero kegemaran bersama keluarga dan menyertai Chibi Heroes Meet & Greet — pengalaman ajaib yang tidak boleh dilepaskan.
Krismas kali ini, biar AEON MALL menyinari musim percutian anda — lebih warna, lebih ceria, lebih magis. Sertai Merrier Christmas Ever dan cipta kenangan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan. Kunjungi AEON MALL kegemaran anda hari ini, bergambar dengan DC Chibi Heroes yang gergasi, dan bawa pulang koleksi eksklusif!
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut:
Facebook: @AEONMallMY
Instagram: aeonmallmalaysia
TikTok: aeonmall.malaysia
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
%20(Custom).png)
%20(Custom).png)
%20(Custom).png)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
%20(Custom).jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment