DARI HERO KARTUN KE IKON FESYEN: FILA MEMPERKENALKAN KOLEKSI KASUT THE POWERPUFF GIRLS
FILA, jenama sukan ikonik, mencetuskan gelombang nostalgia dan gaya dengan pelancaran koleksi FILA x The Powerpuff Girls di Oasis, Sunway Pyramid. Koleksi ini menyerlahkan gaya harian yang ekspresif dan praktikal, mendorong peminat untuk menonjolkan identiti diri melalui fesyen. Diolah semula untuk generasi pencipta trend masa kini, koleksi ini mengangkat hero kartun zaman kanak-kanak ke dalam rekaan moden yang penuh keunikan dan pesona muda.
Diilhamkan daripada trio hebat Blossom, Bubbles dan Buttercup, koleksi penuh warna-warni ini memadankan gaya sporty ikonik FILA dengan elemen karakter yang ceria, sambil menonjolkan kekuatan, keyakinan dan kebebasan bergaya bagi wanita. Koleksi ini menampilkan kasut dan beg yang menonjol serta menjiwai karakter The Powerpuff Girls namun kekal setia dengan gaya estetik berani daripada FILA.
Antara produk yang menjadi tumpuan dalam koleksi ini adalah Cloud Shoulder Bag, yang tampil dalam warna ikonik trio The Powerpuff Girls sebagai aksesori harian yang bergaya; rangkaian kasut Superbubbles, direka untuk keselesaan sepanjang hari dengan sentuhan trendy; dan akhir sekali, sneakers Disruptor yang diolah dengan elemen perincian tepi yang berani serta aksen yang pasti mencuri perhatian. Diperkenalkan dalam rona merah jambu, biru dan hijau ikonik, koleksi ini mengajak peminat untuk bereksperimen memadankan produk dengan gaya sendiri dan melangkah dengan penuh keyakinan.
Acara pelancaran ini menampilkan semangat girl power melalui kehadiran Gen1es Elyn, Tammy Leong dan Jerene Leong, masing-masing tampil memukau dalam koleksi terbaharu FILA x The Powerpuff Girls. Mengambil inspirasi daripada karakter asal The Powerpuff Girls, trio ini menyerlahkan semangat persaudaraan dan mengekspresikan personaliti unik masing-masing melalui gaya fesyen mereka. Elyn dengan gaya chic penuh keyakinan, Tammy yang ceria, serta Jerene dengan stail penuh karakter yang menyerlah.
“Saya sangat meminati Blossom sejak kecil. Bagi saya, watak Blossom mempunyai keyakinan yang tinggi, bijak dan sentiasa positif, dan saya rasa sedikit sebanyak, sifat itu mencerminkan diri saya juga. The Powerpuff Girls juga sangat dekat di hati ramai kerana kita membesar menonton siri animasi ini. Mengenakan warna Blossom daripada koleksi FILA membuatkan saya rasa lebih yakin dan anggun, sambil tetap mampu mengekspresikan identiti sendiri. Padanan elemen sporty FILA dengan sentuhan feminin pula mencipta gaya yang moden, ceria dan penuh tenaga positif. Inilah yang menjadikan kolaborasi bersama FILA begitu bermakna untuk saya,” ujar Gen1es Elyn.
Koleksi The Powerpuff Girls ini bukan sekadar fesyen, ia meraikan keunikan diri, tenaga positif dan keyakinan. Turut memeriahkan pelancaran ialah Sweet Qismina, peminat The Powerpuff Girls yang berkongsi, “Sejak dulu lagi, Buttercup menginspirasi saya dengan kekuatan dan semangatnya. Saya suka bagaimana koleksi ini membawa karakter itu ke dalam fesyen, membuatkan saya rasa lebih yakin untuk menonjol dan kekal bergaya sambil meraikan sisi feminin saya. Dengan FILA, saya dapat mengekspresikan diri dengan yakin dan tetap menjadi diri sendiri.”
Sempena pelancaran ini, peminat yang membuat pembelian daripada koleksi ini akan menerima blind box berisi plush keychain yang comel dan menarik. Terdapat enam rekaan untuk dikumpul, jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki kesemuanya! Selain itu, nikmati baucar FILA bernilai RM50 untuk pembelian berikutnya di butik rasmi FILA.
Koleksi FILA x The Powerpuff Girls kini boleh didapat secara eksklusif di FILA Sunway Pyramid dan secara dalam talian. Dapatkannya secara eksklusif sekarang sebelum ia memasuki butik FILA yang lain! Untuk maklumat terkini, jangan lupa ikuti @filasoutheastasia dan @fila.malaysia, dan kongsikan gaya terbaik anda dengan koleksi ini menggunakan tanda pagar #FILA #FILASEA #FILAXThePowerpuffGirls #CartoonNetwork #ThePowerpuffGirls.
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)
Comments
Post a Comment