SENHENG RAIKAN ULANG TAHUN KE 36 DENGAN PENCAPAIAN MY REWARDS, MY CHOICE DAN TAWARAN PULANGAN TUNAI UNTUNG GILA

Senheng menyambut ulang tahun ke-36 dengan memperkukuh nilai yang ditawarkan kepada pelanggan melalui penambahbaikan pada ekosistem kesetiaan S-Coin serta penganjuran kempen pulangan tunai “Untung Gila”. Kedua-dua inisiatif ini menegaskan komitmen jangka panjang Senheng dalam memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia melalui pengalaman S-Coin yang lebih lancar, relevan dan menguntungkan.

(Dari kiri) Linly Chong, Ketua Bahagian Pemasaran Jenama Senheng; KH Lim, Pengarah Urusan Senheng; dan Guan Teck Fong, Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan Senheng.

My Rewards, My Choice Perkukuh Kitaran S-Coin

Strategi kesetiaan Senheng berpusat pada kitaran S-Coin, iaitu perjalanan ganjaran berteraskan pelanggan yang direka untuk memaksimumkan ganjaran pada setiap peringkat. Proses ini bermula apabila pengguna mendaftar sebagai ahli PlusOne. Setiap pembelian produk terpilih di cawangan atau melalui aplikasi Senheng akan menjana S-Coin secara automatik. S-Coin ini kemudiannya boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran, mewujudkan kitaran nilai berterusan yang menggalakkan penglibatan dan pembelian berulang. Pendekatan ini menjadi pemacu utama prestasi antara 2024 hingga 2025 apabila pengeluaran S-Coin meningkat 83%, manakala kadar penebusan keseluruhan melonjak 106% tahun ke tahun. Nilai penebusan purata per ahli PlusOne turut meningkat daripada RM270 kepada RM471, peningkatan sebanyak 74.7%. Ini menunjukkan minat yang semakin kukuh terhadap sistem ganjaran yang mengutamakan fleksibiliti dan pilihan pengguna.

Pada masa ini, katalog S-Coin Rewards Centre menawarkan lebih 2,400 barangan untuk ditebus melalui aplikasi Senheng dan rangkaian kedai fizikal di seluruh negara. Pelanggan boleh memilih pelbagai kategori ganjaran termasuk barangan penggunaan harian, aksesori elektronik, gaya hidup, peranti dan banyak lagi. Senheng juga sedang merancang usaha tambahan bagi memperluas potensi penjanaan S-Coin dan meningkatkan penyertaan dalam keseluruhan ekosistem kesetiaan.

Untung Gila: Kini Hadir dengan Pilihan Pulangan Tunai S-Coin 50%, 70% dan 100%

Melonjakkan lagi momentum ini ialah edisi terbaharu kempen pulangan tunai “Untung Gila”, salah satu inisiatif nilai tambah paling kukuh dalam sejarah Senheng. Buat julung kali, pengguna boleh menikmati tiga tahap pulangan tunai, iaitu 50%, 70% dan 100% S-Coin, bergantung pada produk terpilih. Untuk setiap pembelian layak, pengguna akan menerima S-Coin mengikut kadar pulangan tunai yang ditetapkan dan seterusnya boleh menggunakan S-Coin tersebut untuk penebusan dalam ekosistem ganjaran.

Bermula 2026, kempen “Untung Gila” akan diperluas merangkumi lebih 300 SKU meliputi barangan harian seperti perkakas dapur, bekas minuman, peralatan kecil dan aksesori komputer, serta barangan elektronik utama daripada jenama seperti Samsung, Sony, LG, Sharp, Tefal, Philips, Montigo, Joyoung, HP dan Asus. Ia turut merangkumi produk permintaan tinggi seperti penyaman udara, peti sejuk dan mesin basuh. Senarai yang lebih meluas ini memastikan pelanggan, sama ada pembeli keperluan harian atau mereka yang merancang menaik taraf rumah, dapat menikmati pulangan tunai yang lebih bermakna.

KH Lim, Pengarah Urusan Senheng.

“Menjejak tahun ke-36 adalah satu pencapaian, tetapi ia juga mengingatkan kami bahawa kami perlu terus bergerak ke hadapan,” kata KH Lim, Pengarah Urusan Senheng. “Momentum kukuh S-Coin membuktikan rakyat Malaysia menghargai fleksibiliti dan kebebasan dalam memilih ganjaran. Dengan “Untung Gila” yang menawarkan pulangan tunai sehingga 100% S-Coin untuk lebih 300 barangan, kami menyediakan lebih banyak sebab untuk pengguna terus menjana, menebus dan kekal aktif. Kedua-dua inisiatif ini memperkukuh strategi kesetiaan kami yang mewujudkan kitaran nilai berterusan, daripada pendaftaran ahli hingga ke penebusan ganjaran.”

Pelanggan boleh memulakan perjalanan dalam ekosistem S-Coin dengan mengunjungi mana-mana cawangan Senheng atau senQ seluruh negara, atau memuat turun aplikasi Senheng untuk mendaftar sebagai ahli PlusOne. Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian PlusOne atau Senheng, layari www.senheng.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS