SPORTS DIRECT BUKA CAWANGAN KETIGA KEDAI PERDANA DIPERTINGKATKAN DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
Sports Direct Malaysia dengan bangga meraikan pembukaan kedai baharunya di IOI City Mall, menandakan detik penting dalam evolusi peruncitan berterusan jenama tersebut. Merupakan cawangan kedai perdana Sports Direct ketiga yang dibuka di Malaysia, ia mencerminkan reka bentuk terkini kedai perdana dipertingkatkan Sports Direct UK, membawa pengalaman beli-belah sukan bertaraf dunia kepada pelanggan Malaysia sambil mengekalkan budaya dan identiti tempatan.
Dengan keluasan lebih 20,000 kaki persegi, kedai perdana ini direka sebagai destinasi sukan sehenti untuk atlet profesional, peminat sukan dan keluarga. Pelanggan boleh menikmati pilihan yang luas bagi kasut, pakaian dan peralatan sukan dari pelbagai jenama global seperti Nike, adidas, Asics, New Balance, dan banyak lagi di bawah naungan Kumpulan Fraser termasuk Everlast, Karrimor, Slazenger dan USA Pro. Kedai ini turut menampilkan pilihan USC - sebuah ruang yang didedikasikan buat pelanggan trendy untuk meneroka dan membeli-belah jenama gaya hidup premium ikonik di bawah satu bumbung. Antara jenama yang dibawakan termasuk Jack Wills, Fila, Vans, Converse, New Era dan Lacoste.
Zon Bola Sepak Terbesar Sports Direct
Zon bola sepak terbesar Sports Direct di Malaysia boleh diakses di bahagian tengah kedai baharu. Ia merupakan ruang yang direka khusus untuk pemain, peminat dan kumpulan, serta menampilkan:
● Pilihan meluas but bola sepak dengan pilihan prestasi premium dari Nike, adidas dan Puma
● Jersi rasmi pasukan bola sepak tempatan dan kelab bola sepak
● Pakaian sukan, aksesori, stokin, beg dan banyak lagi
Dibahagikan dengan tujuan jelas dan memberi impak visual yang tinggi, kedai perdana ini turut menampilkan ruang khusus untuk aktiviti larian, luar, latihan, raket, renang, sukan dan sukan kepakaran, termasuk Konsep Aktiviti Luar (Outdoor Concept), Studio Bra khas dan Konsep Larian (Running Concept) terunggul di pasaran Sports Direct.
Pengalaman Beli-Belah Digital Dipertingkatkan
Kedai perdana yang diperbaharui ini menampilkan titik sentuh digital di seluruh ruang kedai untuk menyokong pengalaman beli-belah yang lebih lancar, intuitif dan menarik. Pelanggan boleh meneroka zon paparan LED yang memaparkan koleksi terkini, promosi dan ciri-ciri produk pada masa nyata. Dengan menggabungkan pengalaman beli-belah imersif dengan konten digital dinamik, Sports Direct ingin memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi, bermaklumat dan tidak dapat dilupakan di samping membantu jenama untuk berhubung dengan pelanggan apabila keputusan dibuat.
Konsep Runcit yang Mencetus Inspirasi
Diilhamkan dari kedai perdana dipertingkatkan Sports Direct UK, kedai utama di IOI City Mall menampilkan:
● Pemasangan siling cermin
● Pengalaman visual pintu lengkung LED
● Zon produk strategik
● Papan tanda dinamik dan ruang penceritaan gaya hidup
Tarikan utama di kedai ini adalah dinding mural khas yang direka untuk meraikan senibina Putrajaya, landskap dan ikon budaya. Mural ini melengkapkan kedai dengan memberikan identiti yang jelas, menggabungkan inovasi sukan global dengan kebanggaan tempatan dan kesesuaian dalam komuniti.
Komitmen untuk Meningkatkan Budaya Sukan di Malaysia
“IOI City Mall merupakan lokasi penting bagi komuniti kami di Putrajaya dan Lembah Klang,” kata Dave Forsey, Pengurus Besar Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika di Frasers Group. “Kedai utama ini mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan standard kedai sukan di Malaysia dengan tawaran persekitaran yang penuh inspirasi, produk sukan yang mudah diakses dan cara lebih imersif untuk meneroka dan membeli-belah. Sama ada anda atlet professional ataupun ingin kekal aktif bersama keluarga, kedai ini merupakan destinasi yang sesuai buat anda,” tambah beliau.
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment