“PUASA TETAP PUASA & RAYA TETAP RAYA”, BERSAMA RTM SEGALANYA ISTIMEWA
Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen penyiaran utama negara, bersedia menyambut ketibaan bulan Ramadan dan Syawal dengan penekanan terhadap penghayatan, keberkatan serta pengukuhan nilai kebersamaan masyarakat. Bertemakan “Puasa Tetap Puasa dan Raya Tetap Raya”, RTM menzahirkan komitmen berterusan dalam memelihara kesucian ibadah puasa serta meraikan sambutan Syawal sebagai simbol kemenangan dan kesyukuran, tanpa mengira cabaran yang dihadapi.
Sepanjang sambutan ini, RTM menghimpunkan pilihan program yang komprehensif dan berkualiti merangkumi drama, program kerohanian, telefilem dan filem blockbuster, selain program hiburan, dokumentari dan bual bicara yang bersifat informatif serta mesra keluarga. Kesemua pengisian ini disiarkan menerusi saluran televisyen dan rangkaian 34 stesen radio RTM di seluruh negara, serta boleh diakses pada bila-bila masa melalui platform digital RTMKlik.
KANDUNGAN PROGRAM TERBITAN RTM
Saban tahun menerusi program-program khas in-house terbitan RTM, rakyat Malaysia bukan sahaja terhibur malahan pengisian program penuh bermanfaat kepada semua. Tahun ini RTM kembali dengan tujuh program merangkumi:
- ‘Borak Dulu Baru Buka’ (TV1) - secara langsung setiap hari pada pukul 6.40 petang. Edisi keenam, hos Amin Idris dan Nana Mahazan.
- ‘Nawaitu’ (TV1) - setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 6.00 petang. Dokumentari kisah inspirasi sebenar yang dekat dengan realiti masyarakat, menggunakan pendekatan berbeza dan unik.
- ‘Malam 3 Syukur’ (TV1) - Hari Raya Pertama, pukul 9.00 malam. Pelakon: Jay Iswazir, Azwan Kombos, Hafidzuddin, Sahronizam Noor, Dato’ Hilal Azman, Wan Hanafi Su, Elizad Sharifuddin, dan Fazlina Ahmad Daud.
- ‘Raya Macam Dulu’ (TV2) – 21 Mac, pukul 9.00 malam – Program muzikal Aidilfitri - hos Watie Sadali dan Fikry Ibrahim. Artis - Datuk Nora, Azlina Aziz, Ramlah Ram, Khai Bahar, Azlan Typewriter dan Sissy Imann.
- ‘Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun’ (TV2) - 22 Mac, pukul 9.00 malam. Persembahan diiringi pemuzik Orkestra RTM. Artis jemputan Aina Abdul dan Luca Sicktha & Kmy Kmo.
- ‘Citra Reka Busana 2.0’ (TV2) - 1 April, 9.00 malam. Persembahan Fashion-Orchestral & Cinematic Showcase: Where Fashion Meets Art, Heritage & VMY Vision, siaran sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-80.
- ‘Menyusur Takbir Di Belantara’ (BES) - 20 dan 21 Mac, pukul 1.30 tengah hari. Dokumentari menyatukan komuniti Orang Asli dalam menyambut Syawal penuh kesederhanaan dan makna.
DRAMA BERSIRI RAMADAN
Bersiaran di TV1 dan saluran Okey, nantikan drama kekeluargaan penuh keinsafan iaitu:
- ‘Rindu Medina’ (TV1) – setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.30 malam. Pelakon Johan As’ari dan Aprena Manrose.
- ‘Ferry Puasa Ke?’ (Okey) - mulai 19 Februari, setiap hari, pukul 8.00 malam. Pelakon Alif Hadi dan Hazwani Helmi.
- Drama Indonesia: ‘Aku Bukan Ustazah’ (TV2) - mulai 17 Februari, setiap hari, pukul 1.00 tengah hari.
- Drama Indonesia: ‘Masjid Yang Tak Dirindukan’ (TV2) - mulai 18 Februari, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 pagi. Pelakon: Donita, Reza Rahadian dan Fita Anggriani.
TELEFILEM
RTM menyajikan 11 telefilem menarik Puasa dan Raya menerusi saluran seperti TV1, TV2 dan Okey. Nantikan siaran tajuk-tajuk berikut:
- TV1 - ‘Sesumpah Neraka’ (28 Februari), ‘Mihrab Doa’ (7 Mac), ‘Anak Pak Ustaz’ (14 Mac), ‘Bunga Telur Bunga Rampai’ (22 Mac), dan ‘Bubur Lambuk Bahulu Bakar’ (25 Mac).
- TV2 – ‘Seindah Kifarah’ (11 Mac), dan ‘Hantu Hantor Curi’ (18 Mac).
- Okey - ‘Lemang Emak Rendang Ibu’ (21 Mac), ‘Huru-Hara Mentua Raya’ (22 Mac), ‘Bagasi Raya’ (23 Mac), dan ‘Cinta U’ (24 Mac).
FILEM BLOCKBUSTER
Tidak lengkap Aidilfitri tanpa menceriakan suasana dengan tayangan filem-filem blockbuster termasuklah:
- TV1 - ‘Sayang Salmah’ (23 Mac).
- TV2 - ‘Orang Kampung Otak Kimia’ (20 Mac), ‘Godzilla X Kong: The New Empire’ (22 Mac), ‘Yes Bos’ (23 Mac), ‘Sangkar’ (24 Mac), ‘The Dark Knight’ (27 Mac), ‘DC League of Superpets’ (29 Mac) dan ‘Sivaji the Bos’ (29 Mac).
- Okey - ‘Pak Tam Duda’ (25 Mac) dan ‘Zombie Kampung Pisang’ (26 Mac).
ANIMASI
Untuk penonton cilik saluran Okey menjanjikan tayangan animasi bertajuk ‘Maimao’ mulai 21 Mac, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 5.30 petang.
PROGRAM DI PLATFORM RADIO
Tradisi tahunan pendengar Radio RTM berpeluang menikmati pelbagai program menarik melibatkan kesemua 34 stesen radio RTM di seluruh negara. Sepanjang Ramadan ini, Bahagian Program Radio RTM meneruskan tradisi penganjuran ‘Jelajah Ramadan 2026’ untuk edisi ke-14 yang bakal dilancarkan pada 16 Februari ini bertempat di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, Larkin, Johor Bahru, Johor. Majlis penutup pula dijadualkan pada 8 Mac 2026 di Sibu, Sarawak. Tahun ini mengangkat tema Satu Suara Satu Jiwa – “Satu Suara Yang Membawa Harapan, Satu Jiwa Yang Menyentuh Hati Mereka Yang Memerlukan”.
Selain itu, pengisian siaran radio RTM dipenuhi dengan pelbagai program khas merangkumi drama radio, tazkirah, bual bicara santai, tadarus al-Quran serta sketsa berunsur kekeluargaan dan kerohanian yang sesuai untuk semua lapisan pendengar. Antara program yang disiarkan termasuklah:
PUASA
- NASIONALfm – ‘Raudhah Khas - Ramadan Bulan Keberkatan’, sepanjang Ramadan, 6.30 minit petang dan ‘Nasionalfm Ambil Tahu - Kasih Ramadan’, menyantuni golongan Asnaf dengan kerjasama rakan strategik.
- RADIO KLASIK - ‘Nur D' Klasik Khas Ramadan’ (20 Mac, pukul 5.30 petang).
- TRAXXfm – ‘Lights of Ramadan’.
- Aifm – ‘Kasih sayang di 893’ (22 Februari, pukul 10.15 pagi).
- ASYIKfm – ‘Suci Henum’ - sepanjang Ramadan pukul 7.00 petang (antara pengisian 5 minit selawat, Tazkirah Suci Henum, dan Lagu Nasyid).
- KLfm – ‘Borak Tengah Lapar - Buka Minda’ (bual bicara santai berkaitan perubahan cara berfikir (buka minda) dalam beragama dan masyarakat.
- JOHORfm – ‘Syiar Ramadan’ (mulai 1 Ramadan, pukul 5.30 petang).
- KEDAHfm – ‘Kuliah Ramadan’ (ceramah motivasi sepanjang Ramadan).
- KELANTANfm – ‘30 Khalifah Dunia Islam’ (sepanjang Ramadan, biografi dan sumbangan khalifah-khalifah terkemuka dalam sejarah dunia Islam).
- LANGKAWIfm – ‘Nur Ramadan’ (tazkirah pukul 6.30 pagi & 7.00 petang)
- MELAKAfm – ‘Drama Radio - Sketsa Ramadan Kampung Seronok’ (5 kali setiap hari sepanjang bulan Ramadan).
- MUTIARAfm – ‘Ronda Bazar Ramadan’ (DJ uar-uarkan keunikan Bazar Ramadan yang mereka kunjungi).
- NEGERIfm – ‘Ghonung Usah Monung’ (Bual bicara menghayati pengertian Ramadan dan fadilatnya dengan gaya santai).
- PAHANGfm – ‘Moh Sahur’ (menyerahkan sumbangan menu sahur dan sumbangan kotak makanan kepada penghuni rumah kebajikan).
- PERAKfm – ‘Kome Masak Ape Hari Ini?’ (cef berkongsi menu berbuka).
- PERLISfm – ‘Ehya Ramadan’ (ceramah sambutan awal Ramadan).
- SABAHfm – ‘Assalamualaikum Ustaz Ramadan’ (program agama yang menjawab segala persoalan berkaitan dengan bulan Ramadan).
- SARAWAKfm – ‘Tadarus Al – Quran’.
- SELANGORfm – ‘Satu Hari Satu Bazar’ (kembara harian menjelajah ke pelbagai lokasi bazar Ramadan).
- TERENGGANUfm – ‘Drama Khas Ramadan’.
RAYA
- NASIONALfm – ‘Keluarga Cik Sal Raya 2026… Yang ditunggu’ (Raya Pertama, 2.15 minit petang) dan ‘Nasionalfm Raya Next Level’ - Showcase artis-artis popular tanah air seperti Aishah Retno, Haziq dan Haqiem Rusli.
- RADIO KLASIK – ‘Cubit-cubit Manja Khas Aidilfitri’ (Raya Pertama & Kedua, pukul 10.00 pagi) dan ‘Muzika Sitaraya 2026’ (Raya Pertama, pukul 2.30 petang).
- Aifm – ‘Kasih Sayang di 893’ (22 Mac, pukul 10.15 pagi).
- ASYIKfm - ‘Is Rayak’ (Raya Pertama dan Kedua, 1 jam 30 minit).
- TRAXXfm – ‘Sketsa Hari Raya’.
- MINNALfm – ‘Riang Ria Aidilfitri’ (Raya Pertama, pukul 11.30 pagi) dan ‘Drama Aidilfitri’ (Raya Pertama, pukul 4.30 petang).
- KLfm – ‘Raya @River Of Live’ (persembahan gig acoustic berkonsepkan lagu Raya Dulu-Dulu dengan suasana ikonik di tengah - tengah bandaraya KL.
- JOHORfm – ‘Ghazal Termasyhur Raya’ (Program menghimpunkan kumpulan ghazal terkenal sekitar negeri Johor).
- KEDAHfm – ‘Bintang Raya Junior’ (Bakat-bakat cilik Bintang Kecil).
- KELANTANfm – ‘Mek Bunga Lecu Merah x Kak Bedah Tudung Bawa’ (sketsa kerjasama antara KELANTANfm dan SALAMfm berkaitan sambutan Hari Raya).
- LANGKAWIfm – ‘Malam Raya… Hantu Lepas?’ (muzikal raya komedi-seram ringan yang mengisahkan suasana hujung Ramadan).
- MELAKAfm – ‘Syahdu Syawal Kampung Seronok’ (Drama radio kisah Syawal penuh syahdu apabila dua hati berjauhan akhirnya kembali dipertemukan pagi Syawal).
- MUTIARAfm – ‘Raya Ataih Ayeq Laut’ (suasana sambutan Raya di atas feri Pulau Pinang bersama DJ MUTIARAfm dan penumpang feri).
- NEGERIfm – ‘Muzika Raya NEGERIfm’ (persembahan DJ NEGERIfm dan ragam penyampai ketika membicarakan tentang Hari Raya Aidilfitri 2026).
- PAHANGfm – ‘Raya Di Merapoh’.
- PERLISfm – ‘Ronda Raya’ (Jelajah Bazar Aidilfitri sebelum malam raya bantu promosi peniaga kecil-kecilan).
- SABAHfm – ‘Apa Jawapan Kamu #Edisi Raya X Hari RTM’ (kuiz menguji minda pendengar menerusi soalan sama ada di media sosial atau radio untuk mencari seorang pemenang.
- SARAWAKfm – ‘Bermukun Seborneo’ (Program kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Brunei secara tahunan menerusi MOU yang bertujuan untuk memartabat dan memelihara budaya serumpun.
- TERENGGANUfm – ‘Muzikal Hari Raya Aidilfitri’ (persembahan nyanyian DJ TERENGGANUfm).
* Sebarang perubahan tarikh dan masa siaran program tertakluk kepada pindaan terakhir.
.jpg)
Comments
Post a Comment