AIDILFITRI IN BLOOM: SWAROVSKI & WARISAN TEKSTIL MALAYSIA MERIAHKAN RAYADI PAVILION DAMANSARA HEIGHTS


Sepanjang Mac 2026, Pavilion Damansara Heights meraikan musim Raya dengan tema Aidilfitri in Bloom, menggabungkan seni tekstil Malaysia dan kristal Swarovski. Centre Court, Aras 2, dihias dengan bulan sabit dan bintang kristal, patung burung besar simbol keharmonian, serta lampu hiasan memukau. 

(Dari kiri ke kanan: Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Kuala Lumpur, Dato’ Joyce Yap; Pengarah Pelaburan Hartanah CPPIB Asia, Encik Johnny Chio; Ketua Jualan, B2B, Swarovski, Cik Zoe Teo; Duta Austria ke Malaysia, Yang Berhormat Tuan Gerhard Eisl; Pengerusi Eksekutif Pavilion Group, Puan Sri Cindy Lim;  Pengarah Impian Ekspresi, Datuk Lee Whay Hoong; Ketua Protokol di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) Malaysia, Duta Ikram bin Mohd Ibrahim; dan Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan di Maybank, Encik B. Ravintharan A/L K. Balakrishnan)

Persembahan tarian multikultural, pertunjukan fesyen Swarovski x Bawal Exclusive, nyanyian Noryn Aziz dan pameran couture berhias lebih 138,000 kristal Swarovski menjadi tarikan utama. Koleksi selendang Bawal Exclusive serta busana RI Couture menonjolkan gabungan moden dan klasik Raya.



Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA) mempersembahkan empat koleksi Designer Batik daripada Arzetta, Hermosa Wear, Rasta Rashid dan Raja Rezza Shah. G2000 pula memperkenalkan Techwork Pop-Up dengan busana profesional moden berteknologi fabrik canggih. 




Vendor seperti Astana Persian Carpets dan Dulu Kini Home Decorations menambah variasi dekorasi rumah. Aktiviti interaktif termasuk Bengkel Membuat Batik (7 & 14 Mac) dan Bengkel Penggayaan Raya G2000 (14 & 17 Mac). Sepanjang Ramadan, pelbagai persembahan budaya dan muzik diadakan di Centre Court, antaranya tarian JKKN, persembahan gamelan, muzik instrumental dan dikir barat.




Kempen ini turut menampilkan Gema Raya Bazaar (hingga 19 Mac) dan High Five Street Market (hingga 29 Mac), menawarkan fesyen, aksesori, hamper dan dekorasi Raya. Grandmama’s memperkenalkan Bufet Iftar Sajian Nenda di Arena Pavilion Damansara Heights, mampu menampung sehingga 300 tetamu, dengan cabutan bertuah bernilai RM20,000 serta inisiatif derma “Iftar That Gives Back”. Bufet gaya restoran turut ditawarkan sehingga 17 Mac.


Pengunjung berpeluang menebus sampul Raya eksklusif dengan perbelanjaan RM168, baucar RM20 dengan perbelanjaan RM200, serta hadiah RM2,000 untuk pembelanja tertinggi. Pemegang Kad Maybank menikmati tawaran tambahan termasuk hadiah eksklusif Swarovski dan HOOGA. Pavilion Damansara Heights juga menawarkan parkir percuma selepas jam 6 petang pada hari bekerja, serta hujung minggu dan cuti umum (terhad), manakala pemegang Kad Premium Maybank menikmati valet parking percuma.


Untuk maklumat lanjut, layari www.pavilion-dh.com.



Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’