ALAMI KEHANGATAN ‘FES-TABLE OF BERKAT’ DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA SEMPENA RAMADAN DAN RAYA INI
Setiap kali perayaan menjelma, pasti ada sebuah meja yang menjadi tempat berkongsi cerita, gelak tawa dan tradisi penuh makna. Menerusi kempen ‘Celebration of Fes-tables’ yang berlangsung sepanjang tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CBTL Malaysia) terus menghidupkan semangat kebersamaan dengan meraikan momen-momen yang menyatukan insan tersayang. Selepas edisi Tahun Baharu Cina, sambutan diteruskan sempena Ramadan dan Raya melalui ‘Fes-table of Berkat’ — satu penghargaan terhadap erti perkongsian dan kesyukuran. Sepanjang bulan mulia ini, momen sederhana seperti berbuka puasa bersama, berbual selepas iftar dan mengeratkan silaturahim hingga larut malam diraikan dalam suasana yang lebih bermakna.
“Sepanjang Ramadan dan Raya, kafe kami menjadi sebahagian daripada rutin pelanggan — persinggahan sebelum pulang ke rumah, lokasi pilihan untuk iftar, atau ruang istirahat di celah-celah kunjungan dan persiapan perayaan,” kata Pengarah Urusan CBTL Malaysia, Datuk M. Amar Shah (D.P.S.M.). “Menerusi ‘Fes-table of Berkat’, kami ingin menghargai detik-detik ini dengan menghimpunkan cita rasa yang membangkitkan suasana perayaan dan memberi keselesaan. Menu kami direka untuk dikongsi, agar setiap kunjungan terasa seperti sebuah perayaan kecil yang penuh kebersamaan dan kesyukuran.”
Menjadi tumpuan musim ini ialah dua minuman Ice Blended® edisi terhad yang membangkitkan nostalgia perayaan. Matcha Hazelnut Ice Blended® (dengan Kurma) yang berasaskan tumbuhan menampilkan tekstur berkrim dengan kelembutan matcha, diperkaya kemanisan semula jadi kurma dan sentuhan hazelnut — pilihan ideal untuk iftar atau sesi santai bersama keluarga dan rakan. Chocolate Banoffee Ice Blended® pula menawarkan kelazatan tanpa kopi, menggabungkan rasa pisang karamel dan coklat berkrim untuk pengalaman yang manis, membahagiakan dan menyegarkan.
Rangkaian minuman ini dilengkapkan dengan menu bermusim yang dikurasi bagi menyemarakkan setiap kunjungan. Antara pilihan istimewa termasuk Nasi Lemak Burger, Ayam Percik Pizza dan Shrimp Cracker Salad, diikuti manisan seperti Walnut Kurma Cake, Mango Pulut Hitam Cake serta Pandan Coconut Cake for Two (dengan Gula Melaka Crème Crown). Daripada hidangan mengenyangkan hingga pencuci mulut sarat nostalgia, setiap sajian dirangka untuk menyempurnakan momen berbuka, kunjungan perayaan dan kenikmatan harian sepanjang kempen.
Raikan Tradisi Bersama brïk
Sebagai sebahagian daripada ‘Fes-table of Berkat’, CBTL Malaysia bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan brïk untuk memperkenalkan koleksi Everbloom — satu kolaborasi yang berteraskan nilai warisan, kesinambungan dan keindahan tradisi turun-temurun. Selaras dengan semangat musim yang meraikan kebersamaan dan silaturahim, Everbloom menzahirkan sentuhan sentimental dan makna yang melangkaui musim perayaan.
Menerusi kolaborasi ini, CBTL Malaysia terus berkembang sebagai platform gaya hidup yang melangkaui ruang kafe, selari dengan jiwa generasi baharu yang menghargai ekspresi diri, budaya dan komuniti. Kerjasama bersama label fesyen tempatan seperti brïk turut memperkukuh hubungan dengan audiens muda melalui gabungan reka bentuk kontemporari dan tradisi perayaan yang malar segar.
Koleksi CBTL x brïk menampilkan barangan edisi terhad yang tersedia di kafe terpilih. Antara sorotan utama ialah dua beg eksklusif — ‘Seri’ dalam rona Matcha dan ‘Kasih’ dalam rona Hazelnut — dihiasi sulaman flora berinspirasikan pusaka. Turut diperkenalkan ialah The Pocket Bag, aksesori beg mini dalam pilihan warna Chestnut Brown, Olive Green, Burgundy Rose dan Sweet Lilac.
Mulai 9 Mac, pelanggan yang berbelanja minimum RM49 dalam satu resit akan menerima Sampul Raya CBTL x brïk secara percuma berserta baucar eksklusif untuk kunjungan seterusnya. Sepanjang kempen, minuman akan disajikan dalam cawan panas dan sarung cawan edisi terhad Ramadan CBTL x brïk yang menampilkan rekaan tampalan flora — satu penghargaan terhadap perincian yang menjadikan musim ini lebih istimewa.
![]() |
| Toasted Ketayap Bagel |
Ganjaran Perayaan untuk Kunjungan Lebih Bermakna
Bagi menyemarakkan lagi sambutan, CBTL Malaysia turut menawarkan promosi berikut sepanjang kempen.
Bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CBTL) Malaysia memperkenalkan pelbagai promosi istimewa sepanjang kempen. Bermula 25 Februari, pelanggan boleh menikmati Bagel Bundle Promo dengan pilihan mana-mana tiga bagel pada harga RM33.90, serta Ready Brew Bandung Lychee Bundle yang menawarkan dua botol minuman pada harga RM38.
Selain itu, Ramadan Bundle Promo yang bermula dari jam 5 petang membolehkan pelanggan menikmati satu hidangan utama, satu kek dan satu minuman pada harga RM38. Hidangan utama termasuk Ayam Percik Pizza atau Black Pepper Chicken Sandwich, manakala pilihan minuman terdiri daripada Iced Golden Citrus Tea atau Iced Mango Elderflower Tea. Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh memilih antara Mango Pulut Hitam Cake, Walnut Kurma Cake atau Pull Me Up Cake Dutch Chocolate dengan Ube Crème Crown. Harga promosi mungkin berbeza mengikut lokasi.
Ganjaran eksklusif turut ditawarkan kepada ahli MyCBTL. Dari 19 Februari hingga 20 Mac, ahli boleh menebus Mocha Latte bersaiz 12oz atau The Original Mocha Ice Blended® dengan 1,300 bean points melalui katalog e-baucar dalam aplikasi MyCBTL. Sementara itu, dari 23 Februari hingga 18 Mac, ahli akan menerima e-baucar istimewa setiap Isnin hingga Rabu untuk menikmati minuman yang sama pada harga RM9.90.
![]() |
| Pistachio Brownie Cheesecake (Slice) |
Promosi ini bukan sahaja menambah kemeriahan musim perayaan, tetapi juga menjadikan setiap kunjungan ke CBTL lebih bermakna dengan ganjaran yang dirancang khusus untuk pelanggan setia.
Sama ada untuk berbuka puasa bersama insan tersayang, menikmati minuman perayaan atau sekadar berehat di tengah kesibukan, ‘Fes-table of Berkat’ menyatukan semua untuk meraikan kehangatan Ramadan dan Raya melalui cita rasa yang membahagiakan serta momen yang penuh makna. Menu perayaan boleh didapati di kafe CBTL Malaysia yang mengambil bahagian di seluruh negara dari 25 Februari hingga 28 April 2026. Koleksi CBTL x brïk Everbloom serta XL Paper Bag pula ditawarkan secara eksklusif di cawangan terpilih, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran terkini, berita dan promosi daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari Facebook www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram @coffeebeanMY, TikTok @coffeebeanMY atau laman sesawang www.coffeebean.com.my. Anda juga boleh muat turun Aplikasi MyCBTL yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment