DARI SAHUR KE RUMAH TERBUKA: THE LAUGHING COW DAN KIRI MEMERIAHKAN RAMADAN DAN RAYA DI MALAYSIA.


Di kala rakyat Malaysia sedang bersiap siaga menjelang Ramadan dan Raya, detik santai di meja makan mula terasa lebih bermakna. Sama ada hidangan ringkas untuk sahur, kudapan ringan selepas berbuka, moreh lewat malam bersama keluarga, atau pencuci mulut yang disediakan untuk tetamu rumah terbuka.

Sentuhan ringkas inilah yang mencorakkan kemeriahan musim perayaan. Jenama kegemaran rakyat Malaysia, The Laughing Cow dan Kiri, terus menjadi sebahagian daripada momen-momen ini, memudahkan persiapan harian sepanjang Ramadan serta menambah seri dalam hidangan Raya.

Sepanjang Ramadan, hidangan yang cepat, mudah dan mengenyangkan sering menjadi pilihan utama keluarga di Malaysia. The Laughing Cow kekal sebagai pilihan yang dipercayai di meja makan, sama ada disapu pada roti bakar untuk sahur, dijadikan inti roti tortilla untuk hidangan ringkas ketika berbuka, atau dinikmati bersama keluarga sebagai hidangan moreh.

Selepas seharian berpuasa, hidangan yang mudah dan ringkas sering kali menjadi pilihan yang paling memuaskan. Tekstur yang berkrim dan rasanya yang lazat menjadikan setiap detik kecil lebih bermakna kerana kadangkala, Lagi Cheesy memang Lagi Puas. The Laughing Cow terus menjadi pilihan utama keluarga di Malaysia untuk penyediaan juadah yang cepat serta mengenyangkan sepanjang Ramadan.

Untuk memberi inspirasi kepada hidangan Ramadan yang ringkas di rumah, berikut merupakan satu resipi mudah yang boleh dicuba menggunakan The Laughing Cow:


Apabila Aidilfitri semakin hampir, suasana dapur di setiap kediaman mula meriah. Penyediaan kek dan pastri, mengadun dan mencuba resipi baharu menjadi sebahagian daripada persiapan menyambut tetamu dan sanak saudara. Dengan teksturnya yang lembut dan lemak berkrim, Kiri Cream Cheese memberikan keyakinan kepada mereka yang menyediakan hidangan pencuci mulut untuk dikongsi bersama orang tersayang.

Sebagai krim keju No.1 dari Jepun, Kiri dikenali dengan kualiti serta rasa lemak berkrim yang menjadi keistimewaannya. Dari persiapan awal menjelang perayaan hingga ke hidangan pencuci mulut, Kiri menambahkan sentuhan istimewa pada pelbagai pencuci mulut hasil air tangan sendiri.

Bagi menghidupkan momen manis ini, berikut merupakan resipi Aidilfitri ringkas dengan menggunakan Kiri Cream Cheese:


Apabila keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan musim perayaan, hidangan paling ringkas dan pencuci mulut air tangan sendiri seringkali meninggalkan kenangan yang paling bermakna. Ramadan dan Hari Raya ini, The Laughing Cow dan Kiri mengajak rakyat Malaysia untuk terus mencipta serta berkongsi momen indah bersama, menjadikan setiap hidangan lebih bermakna dan setiap gigitan lebih memuaskan sambil menghidupkan semangat Lagi Cheesy Lagi Puas.

Kedua-dua jenama ini boleh didapati di pasar raya utama dan platform atas talian di seluruh negara sepanjang Ramadan dan Hari Raya. Untuk resipi dan inspirasi perayaan, layari https://linktr.ee/kiri.professional serta ikuti saluran media sosial rasmi jenama untuk lebih banyak idea yang meraikan kemanisan berkongsi bersama tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE PERSEMBAHKAN KONSEP KAMPUNG AIR & LAGU RAYA SULUNGNYA