GOYANG RAYA: SENTUHAN AJAIB KUMPULAN 1119 BERSAMA MEER NASH, ANIEZ, DAN ZAC ZAC



Tahun 2026 bermula dengan penuh warna apabila kumpulan 1119 (TRIPLE1NINE) melancarkan single terbaharu mereka berjudul “Goyang Raya”. Lagu ini bukan sekadar hiburan bermusim, tetapi menjadi simbol perpaduan apabila kolaborasi bersama Meer Nash, Aniez dan Zac Zac berjaya mencatat hampir 100,000 tontonan di YouTube dalam tempoh dua hari selepas pelancaran.

Mengambil inspirasi daripada pertembungan dua perayaan besar – Tahun Baru Cina dan Ramadan – karya ini tampil dengan bahasa Melayu yang fasih, digabungkan dengan elemen muzik tradisional dan moden. Hasilnya, sebuah persembahan segar yang berani, sekaligus memperlihatkan bagaimana muzik mampu menjadi jambatan budaya yang menyatukan masyarakat.

Netizen turut meluahkan rasa bangga melihat kerjasama pasukan kreatif Melayu dan Cina dalam menghasilkan lagu ini. Ramai menyifatkan Goyang Raya sebagai karya yang benar-benar mencipta suasana Hari Raya yang meriah dan penuh kebersamaan.

Sebelum ini, 1119 pernah mencetuskan fenomena dengan lagu 福气马上来 (Good Fortune Comes Soon) sempena Tahun Baru Cina, yang mencecah lebih 11 juta tontonan. Kini, melalui Goyang Raya, mereka sekali lagi mengangkat nostalgia pulang ke kampung dan kerinduan suasana desa sebagai nilai budaya yang menyatukan rakyat Malaysia.


Eugene daripada 1119 menyatakan bahawa lagu ini lebih tradisional berbanding Raya Ria tahun lalu dan benar-benar membawa semangat Raya yang kuat. Zac Zac pula berkongsi pengalaman penggambaran MV yang penuh meriah dan berharap penonton dapat merasai kemesraan yang sama. Sementara itu, Meer Nash menekankan bahawa kolaborasi ini tepat pada masanya kerana ia mewakili identiti beliau sebagai anak campuran Melayu-Cina, sekali gus memperlihatkan sisi berbilang kaum Malaysia dalam bentuk yang paling tulen.

Dengan Goyang Raya, industri hiburan tempatan sekali lagi membuktikan bahawa muzik bukan sahaja menghibur, tetapi juga mampu menjadi simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

SHOPEE 38 JUALAN HARI WANITA MENGETENGAHKAN JENAMA WANITA BERTERASKAN IMPAK

CUCKOO MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DENGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAMSUNG DAN TOURISM MALAYSIA, PERKENALKAN PRODUK KEDIAMAN SIHAT PINTAR SERTA MASKOT PERTAMA ‘HEPI’

SHOPEE BAZAR HEBAT RAYA CERMINKAN TREND PEMBELIAN BERASASKAN KANDUNGAN