GUARDIAN MALAYSIA TERAP MAKNA BAHARU DALAM TRADISI PEMBERIAN RAYA - LAMBANG KASIH SAYANG DAN PERLINDUNGAN
Menjelang ketibaan Hari Raya Aidil Fitri ini, guardian Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melangkaui tradisi pemberian biasa dan menghayati makna kasih sayang yang lebih mendalam menerusi pemberian hadiah kesejahteraan!
Meskipun tradisi pemberian duit Raya dan juadah perayaan tetap menjadi amalan utama, guardian menyeru ahli keluarga untuk beralih kepada pemberian yang mampu melindungi, memelihara dan memperkasakan insan tersayang - sebagai satu bentuk keprihatinan yang berkekalan walaupun selepas berakhirnya kemeriahan lebaran.
Evolusi Bermakna dalam Pemberian Raya
Berucap di majlis pelancaran kempen Raya guardian, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Malaysia & Brunei, guardian Health and Beauty, menegaskan bahawa Raya pada hakikatnya adalah tentang keikhlasan, kesyukuran dan kasih sayang yang tulus.
“Musim perayaan ini, kami ingin menyuntik makna baharu ke dalam tradisi memberi. Selain daripada duit Raya dan juadah tradisi, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghadiahkan sesuatu yang dapat menyokong kesejahteraan diri kerana manifestasi kasih sayang yang sebenar adalah dengan memastikan keluarga kita sentiasa dilindungi dan dijaga dengan rapi,” kata beliau.
“Selama lebih 58 tahun, guardian teguh sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai rakyat Malaysia. Setiap hadiah kesihatan dan kecantikan yang dipilih dengan teliti bukan sekadar produk semata-mata - ia adalah satu nikmat dan lambang keprihatinan yang berpanjangan.”
Kisah Kasih Sayang Merentasi Generasi
Mesej utama kempen ini dizahirkan melalui filem Raya terbaharu guardian bertajuk, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran.”
Filem ini menyelami hubungan antara Rina dan neneknya, memaparkan bagaimana pemberian sederhana berteraskan kesejahteraan sepanjang tahun mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menyokong kesihatan mereka. Ia diakhiri dengan pesanan yang menyentuh jiwa - bahawa hadiah Raya yang paling bernilai adalah kesihatan yang baik, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, serta doa yang tulus.
Filem Raya guardian ini kini boleh ditonton di YouTube dan semua platform media sosial guardian.
Meluaskan Ihsan kepada Komuniti
Menghayati kemuliaan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh keberkatan dan kasih sayang, guardian turut meraikan 80 kanak-kanak perempuan daripada pelbagai rumah kebajikan pada majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid.
Acara atrium Raya guardian ini, yang sedang berlangsung dari 2 hingga 8 Mac 2026, menampilkan pelbagai tawaran menakjubkan serta zon pengalaman menarik daripada pelbagai jenama terkenal.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan guardian untuk memperkasakan golongan belia Malaysia dengan pengetahuan kesejahteraan praktikal dan pendidikan penjagaan diri, kanak-kanak tersebut telah menyertai sesi pendidikan kesejahteraan yang dikendalikan oleh ahli farmasi guardian serta rakan jenama terpilih. Kemuncak keriangan mereka diteruskan dengan aktiviti membeli-belah sakan di acara Atrium dan di stor guardian Sunway Pyramid. Dengan bimbingan warga kerja guardian serta rakan media, mereka berpeluang memilih sendiri produk kesihatan dan kecantikan idaman sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa istimewa.
Bagi meluaskan lagi impak positif sepanjang bulan Ramadan, guardian akan meneruskan sumbangan kesejahteraan amal melalui program santun masyarakat dan inisiatif kesejahteraan di beberapa komuniti. Dengan peruntukan sumbangan melebihi RM55,000, ia dijangka bakal memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima daripada pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara.
Raikan Lebaran dengan MYguardian Rewards
Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, ahli MYguardian Rewards berpeluang menyertai Peraduan Ganjaran Emas, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000.
Bermula 25 Februari hingga 31 Mac 2026, ahli yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit (termasuk jenama yang mengambil bahagian) layak secara automatik untuk memenangi:
- Hadiah Utama: Set Rantai dan Loket Rama-Rama Emas 999 daripada Habib Jewels
- Empat Hadah Kedua: Rantai Tanga emas 999 daripada Habib Jewels
- Ganjaran Mingguan: 200 pemenang setiap minggu akan menerima baucar Habib Jewels bernilai RM50 (jumlah keseluruhan 1,000 baucar)
Tahun ini, Fiziwoo sekali lagi bekerjasama dengan guardian untuk menghasilkan rekaan sampul Raya eksklusif. Sebagai sebahagian daripada inisiatif #LoveForLocal guardian yang mengangkat kehebatan jenama tempatan, rekaan tahun ini memberikan penghormatan kepada warisan seni Malaysia melalui motif batik kontemporari yang berani. Ahli yang berbelanja RM68 ke atas akan menerima satu pek sampul raya eksklusif Fiziwoo, yang turut mengandungi baucar guardian bernilai RM5.
Kesejahteraan untuk Setiap Generasi
Bagi membantu keluarga membuat persiapan Raya, guardian juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk lebih 7,500 produk di semua stor di seluruh negara serta stor dalam talian. Ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia memilih hadiah yang mengutamakan aspek kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian buat insan tersayang.
“Tiada hadiah yang lebih bermakna selain mengetahui insan yang kita sayangi sentiasa terjaga dan dilindungi,” tambah Priscilla.
“Lebaran ini, marilah kita menghadiahkan sesuatu yang memperkasakan mereka untuk menempuh hari-hari mendatang - sebuah pemberian kesejahteraan yang mencerminkan kasih sayang, keikhlasan, dan doa yang tulus.”
.jpg)
Comments
Post a Comment