HONG KONG PERKUKUH PELANCONGAN MESRA MUSLIM DENGAN KREATIVITI DAN PENCERITAAN BUDAYA

Selepas meraih sembilan pengiktirafan utama di Halal in Travel Awards 2025, Hong Kong kini melangkah ke fasa baharu dengan memperluas ekosistem pelancongan mesra Muslim melalui infrastruktur yang diperakui Halal serta inisiatif budaya kreatif.

Pengarah Serantau Asia Tenggara HKTB, Ms Liew Chian Jia, bergambar bersama penyanyi Ernie Zakri dan Syamel Aqmal.)

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) memperkenalkan pendekatan segar untuk menarik pelancong Muslim, termasuk penghasilan video muzik Raya pertama yang dirakam di Hong Kong bersama pasangan penyanyi Malaysia, Ernie Zakri dan Syamel Aqmal.

Persembahan lagu “Suasana Raya” oleh Ernie Zakri dan Syamel Aqmal memeriahkan lagi acara.

Kerjasama kreatif ini berjalan seiring dengan perkembangan berterusan ekosistem mesra Muslim Hong Kong. Di Halal in Travel Awards 2025, Hong Kong menerima sembilan pengiktirafan utama:
  • Destinasi Mesra Muslim Paling Berpotensi
  • Tempat Pertama bagi Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Aksesibel (Bukan OIC)
  • Tempat Kedua bagi Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Wanita (Bukan OIC)
  • Tempat Ketiga dalam kalangan destinasi Bukan OIC bagi Pelancongan Mesra Muslim
  • Tarikan Mesra Muslim Terbaik Tahun Ini: Ngong Ping 360 Limited
  • Hotel Mesra Muslim Terbaik: Kowloon Shangri-La, Hong Kong
  • Hotel Mesra Muslim Terbaik: The Mira Hong Kong
  • Pusat Konvensyen & Pameran Mesra Muslim Terbaik: Hong Kong Convention and Exhibition Centre
  • Sumbangan Cemerlang kepada Landskap Sajian Halal Hong Kong: Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong
Pada tahun 2025, Hong Kong menerima lebih 49.9 juta pelawat, dengan ketibaan dari Malaysia meningkat 6% berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini diperkukuh dengan ekosistem mesra Muslim yang semakin berkembang – kini menampilkan 195 restoran Halal, milik Muslim dan mesra Muslim, serta 59 hotel yang mendapat penarafan Crescent Rated dengan kemudahan seperti sejadah, penunjuk arah kiblat dan pilihan makanan Halal.

 Liew Chian Jia, Pengarah Serantau Asia Tenggara HKTB

Menurut Liew Chian Jia, Pengarah Serantau Asia Tenggara HKTB, “Pelancong Muslim hari ini mahukan pengalaman yang autentik dan diyakini. Bagi kami, pelancongan mesra Muslim adalah komitmen jangka panjang terhadap keterangkuman. Kami bukan sahaja memperluas pilihan mesra Muslim, tetapi juga menyampaikannya melalui penceritaan kreatif, kempen inovatif dan kandungan yang relevan secara budaya.”

Kolaborasi kreatif bersama Ernie Zakri dan Syamel Aqmal melalui video muzik “Suasana Raya” menampilkan lokasi ikonik Hong Kong seperti Temple Street, Avenue of Stars, Ocean Park dan Ngong Ping 360. Projek ini menggabungkan naratif kekeluargaan dengan pengalaman sebenar pelancongan mesra Muslim – daripada sajian Halal hingga ruang solat yang selesa – menjadikan Hong Kong destinasi yang inklusif untuk keluarga Muslim.

Ernie Zakri dan Syamel Aqmal berkongsi pengalaman mereka sepanjang penggambaran di Hong Kong.

Ernie Zakri berkongsi: “Hong Kong penuh dengan tenaga dan kepelbagaian budaya. Saya terharu melihat betapa mudahnya mencari makanan Halal dan menunaikan solat di sana. Ia menjadikan pengalaman penggambaran lebih bermakna walaupun jauh dari tanah air.” Syamel Aqmal menambah: “Hong Kong bukan sekadar kota neon dan pencakar langit. Kami menemui sisi yang sangat mesra Muslim, dari dim sum Halal hingga kemudahan solat yang mudah diakses. Ia benar-benar destinasi yang sesuai untuk keluarga Muslim.”

Dengan permintaan pelancongan dari Asia Tenggara yang terus meningkat, Hong Kong komited untuk memperluas tawaran mesra Muslim sambil melabur dalam inisiatif kreatif berasaskan komuniti – menjadikan bandar ini destinasi pilihan yang bukan sahaja mesra Muslim, tetapi juga kaya dengan pengalaman budaya yang unik.

Bagi membantu perancangan perjalanan, HKTB turut mempertingkatkan Panduan Perjalanan Muslim yang komprehensif, merangkumi restoran diperakui halal, mesra Muslim dan milik Muslim, hotel bertaraf Crescent Rated, kemudahan solat serta tarikan di seluruh bandar. Panduan ini direka untuk memudahkan keputusan perjalanan bagi keluarga, pasangan dan golongan muda.

Seiring dengan peningkatan permintaan perjalanan dari Asia Tenggara, Hong Kong akan terus memperluas tawaran yang diperakui serta melabur dalam inisiatif kreatif dan berteraskan komuniti bagi memperkukuh hubungan jangka panjang dengan pelancong Muslim.

Untuk maklumat lanjut dan akses kepada Panduan Perjalanan Muslim, layari:

Tonton video muzik penuh “Suasana Raya” di sini:

Comments

Popular posts from this blog

MENYATUKAN EKOSISTEM PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL, JENAMA DAN PENJUAL BAGI MEMPERKUKUH PENGALAMAN MEMBELI-BELAH PENGGUNA PADA 2026