KYUHYUN & AHOF BAWA AURA K-POP DALAM K-SARANG SUPER CONCERT 2026


Gelombang K-pop bakal menghangatkan Malaysia dengan penganjuran sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, menampilkan bintang ternama Kyuhyun serta kumpulan AHOF (Artist Hall of Fame). Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 11 April 2026, jam 6.00 petang di The Arch Galeries, Kuala Lumpur.

Peminat dijanjikan sebuah malam penuh energi dengan vokal memukau, koreografi bertenaga dan peluang berinteraksi lebih dekat bersama artis kegemaran mereka. Dianjurkan oleh HIFIVE Entertainment dan K-WAVE, konsert ini dilihat sebagai permulaan era baharu pengalaman K-pop secara langsung di Malaysia, menghimpunkan ikon global dan bakat baharu dalam satu perayaan muzik dan budaya yang imersif.


“K-SARANG SUPER CONCERT bukan sekadar persembahan muzik, ia adalah sebuah perayaan cinta terhadap K-pop dan penyatuan yang dibawanya kepada peminat di seluruh dunia. Kami berbangga kerana dapat menghadirkan pengalaman yang membolehkan peminat Malaysia merasai momen bersama artis kegemaran mereka secara lebih dekat,” kata Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira.


Antara barisan artis yang bakal menghiburkan penonton termasuk Kyuhyun, vokalis tersohor kumpulan Super Junior yang terkenal dengan balada penuh jiwa, serta AHOF, kumpulan K-pop yang semakin menyerlah dengan persembahan dinamik dan sokongan peminat global yang kian berkembang.

Tiket kini boleh didapati secara eksklusif melalui Ticket2U dengan kategori VIP (RM888), CAT 1 (RM748), CAT 2 (RM588) dan CAT 3 (RM388). Semua pemegang tiket akan menerima Kad Foto Bertandatangan Digital dan Poster Bertandatangan Digital, manakala kategori premium turut menawarkan keistimewaan eksklusif seperti sesi sound check, send off dan foto polaroid bertandatangan.



Dengan gabungan nama besar dan pengalaman konsert yang penuh eksklusiviti, K-SARANG SUPER CONCERT 2026 dijangka menjadi antara acara muzik paling berprestij tahun ini, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk persembahan K-pop berskala besar.

Dapatkan tiket anda hari ini di www.ticket2u.com.my

Comments

Popular posts from this blog

MENYATUKAN EKOSISTEM PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL, JENAMA DAN PENJUAL BAGI MEMPERKUKUH PENGALAMAN MEMBELI-BELAH PENGGUNA PADA 2026