LAZADAFORGOOD GABUNGKAN SUARA TEMPATAN, PERKASA PENIAGA TEMPATAN, SEBAR SEMANGAT RAMADAN KEPADA KOMUNITI
Ramadan kali ini, Lazada Malaysia membawa semangat kepercayaan, keprihatinan dan kebersamaan terus kepada komuniti. Menerusi LazadaForGood, Lazada turun ke Bazaar Ramadan Bangsar dan Bazaar Ramadan Seri Sentosa untuk menyokong peniaga tempatan, sambil memastikan juadah yang dibeli dapat dikongsi semula dengan orang ramai menjelang waktu berbuka.
Di sebalik kemeriahan setiap bazar Ramadan, wujud kisah ketabahan, usaha dan pengorbanan para peniaga kecil yang saban hari bertungkus lumus mencari rezeki sepanjang bulan mulia ini. Mereka bukan sekadar menjual juadah berbuka, malah menjadi sebahagian daripada warna, rasa dan semangat Ramadan yang cukup sinonim dengan Malaysia. Menyedari nilai besar di sebalik usaha para peniaga ini, LazadaForGood tampil menyokong mereka sambil membawa manfaat yang sama kepada komuniti.
Inisiatif ini dimulakan pada 3 Mac 2026 di Bazaar Ramadan Bangsar, dengan pencipta kandungan dan hos tempatan Daniel Cheang bersama pasukan Lazada membeli juadah daripada peniaga tempatan. Juadah tersebut kemudiannya diagihkan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada orang ramai yang berkumpul untuk berbuka puasa bersama, menjadikan sokongan kepada peniaga bazar lebih bermakna apabila manfaatnya dapat dirasai terus oleh masyarakat.
Semangat yang sama diteruskan pada 8 Mac 2026 di Bazaar Ramadan Seri Sentosa, apabila personaliti media sosial popular The Pretty Mamas menyertai LazadaForGood bersama Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Dalam kunjungan itu, mereka berpeluang beramah mesra dengan para peniaga, melihat sendiri kesungguhan di sebalik setiap gerai, dan menyelami suasana Ramadan yang cukup hidup, hangat dan dekat dengan rakyat.
Juadah yang dibeli semasa lawatan tersebut kemudiannya dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Masjid Al-Imam At-Tirmizi untuk diagihkan kepada orang ramai yang hadir menunaikan solat Asar dan berbuka puasa. Dari Bangsar ke Taman Seri Sentosa, dan dari gerai bazar ke tangan masyarakat, inisiatif ini membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar satu sumbangan. Ia mencerminkan semangat Ramadan yang sebenar melalui keprihatinan, kemurahan hati dan rasa tanggungjawab bersama.
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil yang turut hadir menyifatkan inisiatif seperti ini sebagai usaha yang membantu masyarakat terus menghayati nilai belas ihsan, solidariti dan tanggungjawab bersama, khususnya sepanjang Ramadan. Menurut beliau, program seumpama ini amat bermakna kerana ia menghubungkan pelbagai lapisan masyarakat, daripada usahawan tempatan yang berusaha meneruskan sumber rezeki mereka hinggalah kepada komuniti yang menerima manfaat daripada amalan memberi. Usaha sedemikian bukan sahaja menyokong ekonomi setempat, malah turut mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat.
Semangat hubungan inilah, antara rezeki dan amalan memberi, antara peniaga dan komuniti, yang turut menjadi teras kepada peranan Lazada Malaysia sepanjang Ramadan.
Khairil Ahmad, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam, Lazada Malaysia, berkata, “Bagi kami di Lazada, kepercayaan bukan sekadar janji, tetapi amanah yang perlu dibuktikan secara berterusan. Melalui inisiatif seperti LazadaForGood, kami ingin menunjukkan bahawa peranan kami tidak terhad dalam dunia digital semata-mata. Kami menyokong perniagaan tempatan dan bertekad untuk menjaga kebajikan komuniti yang menjadi nadi platform ini. Kami percaya bahawa apabila kita bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tekal, hubungan yang terbina dengan pengguna akan menjadi lebih bermakna dan kekal lama.”
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Lazada untuk memperkasa perniagaan tempatan sambil mewujudkan impak yang inklusif dan bermakna kepada masyarakat. Dengan menghubungkan penglibatan komuniti di peringkat masyarakat dengan ekosistem digitalnya yang lebih luas, Lazada terus membuktikan bahawa kepercayaan bukan sekadar terhenti pada urus niaga dalam talian, sebaliknya boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang dapat dilihat, dirasai dan dialami sendiri dalam kehidupan sebenar. Menerusi LazadaForGood, komitmen itu dizahirkan dengan cara yang cukup dekat dengan semangat Ramadan, iaitu saling berkongsi, saling peduli dan saling menguatkan antara satu sama lain.
%20(Custom)%20(1).jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment