MENICON LANCAR KANTA LEKAP MIRU DI MALAYSIA DENGAN TIGA PILIHAN UNTUK GAYA HIDUP MODEN

Menicon Group hari ini secara rasmi memperkenalkan rangkaian kanta lekap Miru di Malaysia pada majlis pelancaran di The Starhill, sekali gus melakar satu pencapaian penting sempena ulang tahun ke-75 syarikat itu pada tahun ini. Ditubuhkan pada tahun 1951, Menicon merupakan pengeluar kanta lekap pertama dan terbesar di Jepun, yang berteraskan falsafah ‘Creation, Originality, Challenge’ dalam usahanya menyediakan penyelesaian penglihatan yang lebih baik.

Dari Kiri ke Kanan: Encik Clemond Wong, Pengurus Pemasaran Menicon Vision Care Malaysia; Cik Jess Ooi, Pengurus Hal Ehwal Profesional Serantau; Cik Emily Wong, Pengurus Besar Menicon Vision Care Malaysia; Encik Hiroshi Suzuki, Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Perniagaan China & Asia-Oceania; Cik Amber Chia, Supermodel & Usahawan; Encik Sun Cheng Fei, Ketua Jualan dan Operasi Komersial Menicon Vision Care Malaysia.

Pelancaran ini memperkenalkan tiga pilihan kanta jernih untuk memenuhi pelbagai gaya hidup, seiring peningkatan permintaan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap produk penglihatan yang praktikal dan mudah digunakan, bagi menyokong rutin kerja, perjalanan serta gaya hidup aktif mereka.


Bagi kegunaan harian, Miru 1day UpSide (berdaftar di bawah Akta 737, GB10835424-186078, MDAMD0222/2025) memberi tumpuan kepada keselesaan dan pengendalian yang bersih. Ia sesuai untuk pemakaian lebih lama, sama ada ketika bekerja, bersosial, mahupun menjalani aktiviti harian.

Miru 1day Flat Pack (berdaftar di bawah Akta 737, GB6893125-208088, MDAMD0218/2025) direka demi kemudahan pengguna. Ia menampilkan pembungkusan kompak dan nipis yang mudah dimuatkan ke dalam beg tangan, beg sukan, atau kit perjalanan, — menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang sentiasa bergerak.

Miru 1 Month (berdaftar di bawah Akta 737, GB3372324-188114, MDAMD0182/2025) pula menawarkan pilihan penggantian bulanan, sesuai bagi individu yang mengutamakan tempoh pemakaian lebih panjang dan ingin menjadikannya sebahagian daripada rutin harian mereka.

Secara keseluruhannya, rangkaian Miru berasaskan satu idea yang ringkas: kanta lekap jernih seharusnya mudah disesuaikan dengan kehidupan moden, supaya pemakai dapat menjalani hari mereka dengan lebih selesa dan yakin.

“Melalui Miru, kami memperkenalkan pilihan yang memenuhi pelbagai gaya hidup sambil kekal setia kepada komitmen Menicon terhadap inovasi dan kualiti. Sempena sambutan ulang tahun ke-75 kami, kami terus memberi tumpuan kepada penyampaian penyelesaian penglihatan yang lebih baik, serta menggalakkan pemakaian kanta lekap yang bertanggungjawab melalui perundingan dengan pakar penjagaan mata,” kata Pegawai Eksekutif, Ibu Pejabat Perniagaan Antarabangsa, Menicon Co., Ltd, Encik Remco Engelhart.

“Rakyat Malaysia hari ini memainkan pelbagai peranan sepanjang hari, daripada komitmen kerja hingga aktiviti kecergasan dan perjalanan. Kami melihat peningkatan minat terhadap kanta lekap yang selesa, mudah dikendalikan dan praktikal untuk dibawa bersama. Jadi, pengenalan Miru di Malaysia memberi pengguna lebih banyak pilihan mengikut gaya hidup dan keperluan harian masing-masing,” kata Pengurus Besar Menicon Vision Care Malaysia, Cik Emily Wong.

Menicon terus melebarkan sayap di Malaysia, dan merancang untuk membina sebuah kemudahan pembuatan baharu di Kulim Hi-Tech Park dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM1 bilion. Kemudahan ini bakal menjadi antara tapak pembuatan Menicon yang paling canggih di peringkat global, dengan integrasi operasi pengeluaran, logistik, pergudangan dan kawalan kualiti dalam satu ekosistem digital yang saling terhubung bagi menyokong pengeluaran kanta lekap silikon hidrogel.

Rangkaian Miru boleh didapati di Malaysia melalui kedai optik terpilih serta pakar penjagaan mata yang bertauliah di seluruh negara. Harga runcit yang disyorkan bermula daripada RM150 hingga RM180 bagi kanta pakai buang harian, dan RM300 hingga RM360 bagi pek pemakaian sebulan penuh, bergantung kepada keperluan setiap individu.

Pengguna dinasihatkan supaya mendapatkan perundingan dan panduan daripada pakar penjagaan mata sebelum menggunakan kanta lekap. Semua produk Menicon berdaftar di bawah Akta 737 serta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority, MDA).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE PERSEMBAHKAN KONSEP KAMPUNG AIR & LAGU RAYA SULUNGNYA