DARI DAPUR KAMI KE MEJA ANDA: LEBIH 150 JUADAH JADI TARIKAN BUFET RAMADAN RUMAH LAUK


Sempena ketibaan Ramadan, Marvelous Mama Sdn Bhd melancarkan Iftar Rumah Lauk di Nafoura Hall, Shaftsbury Putrajaya, mempersembahkan pengalaman bufet berkonsepkan masakan kampung dan warisan Malaysia. Majlis pembukaan turut mengumumkan perancangan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada April ini, diikuti pembukaan cawangan di London dan Jakarta tahun ini.


Mengangkat tema “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, bufet ini menawarkan lebih 150 variasi hidangan tradisi setiap hari dengan harga di bawah RM100. Antara tarikan termasuk persembahan buskers secara langsung, kehadiran selebriti jemputan hujung minggu, serta kemudahan surau bagi solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Sebagai promosi pembukaan, 200 pelanggan terawal menikmati hidangan secara percuma.
















Keistimewaan utama ialah Rusa Golek yang diperap dengan rempah tradisional dan dipanggang sempurna, menjadikan Rumah Lauk unik berbanding bufet Ramadan lain yang lazimnya menampilkan kambing golek. Selain itu, cabutan bertuah bernilai tinggi akan diadakan pada 17 Mac 2026 dengan hadiah wang tunai, emas dan pelbagai barangan menarik.



Marvelous Mama Sdn Bhd, pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan, telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan produk seperti Rendang, Lemang Durian, Ketupat Palas, Daging Dendeng, Sata Ikan & Ayam, serta Acar Ikan Talang. Produk ini kini dieksport ke Dubai dan London, dengan rancangan peluasan ke negara lain. Sata ikan dan ayam khususnya mendapat pujian atas keaslian resipi, manakala Lemang Durian dijangka menjadi pilihan istimewa Aidilfitri.


Tempahan

Mohd Aqil
013-277 7922 (Tempahan Korporat)
013-277 7244 (Tempahan Biasa)

Comments

Popular posts from this blog