SHOPEE BAZAR HEBAT RAYA CERMINKAN TREND PEMBELIAN BERASASKAN KANDUNGAN
Sepanjang tempoh jualan utama, rakyat Malaysia semakin memilih pendekatan pembelian berasaskan kandungan untuk meneroka produk dan mendapatkan tawaran terbaik. Ketika kempen Raya Bersama Shopee 2025, pengguna mengikuti Shopee Live bagi menyaksikan demonstrasi secara langsung serta pelancaran eksklusif, yang menjana lebih 1 bilion tontonan dan mendorong lebih 132 bilion item terjual menerusi livestream. Pada masa sama, lebih 67 bilion baucar telah ditebus apabila isi rumah menggabungkan tawaran jenama dan platform bersama Penghantaran Percuma untuk memaksimumkan penjimatan perbelanjaan perayaan.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, corak pembelian ini terus mempengaruhi cara rakyat Malaysia menghias kediaman, memilih hadiah dan merancang baju Raya. Berlangsung hingga 25 Mac, Shopee Bazar Hebat Raya memperkukuh trend ini dengan inspirasi fesyen yang dipacu pencipta kandungan serta baucar 50% Diskaun Shopee Live sepanjang musim perayaan.
Terokai Trend Fesyen Raya dengan #GetReadyWithShopee
Gaya Raya kini semakin dipengaruhi oleh kandungan digital, di mana demonstrasi dan sesi gaya secara langsung membantu pengguna menentukan pilihan sebelum membuat pembelian. Setiap Jumaat dari 12PM hingga 2PM, bersama sesi tambahan pada tarikh kempen utama, #GRWS Raya Fashion Hacks di Shopee Live menampilkan Farah Deluna, Sharifah Rose dan Qisthena yang mengupas trend fesyen Raya terkini serta berkongsi tip penggayaan — daripada padanan warna hingga teknik lilitan tudung — untuk penampilan yang lebih menyerlah. Produk yang dipaparkan boleh terus dimiliki dengan baucar 50% Diskaun Shopee Live yang dipertingkatkan, serta digabungkan bersama tawaran jenama.
Jenama tempatan seperti Adnaa, Siti Khadijah dan Haera HQ turut menampilkan koleksi terbaharu menerusi Raya Best Sellers dan New Arrivals yang ditambah stok setiap hari dengan diskaun 50%. Sementara itu, sesi Super Brand Day pada hujung minggu dari 1PM hingga 2PM mengetengahkan jenama seperti Naelofar dan My Ballerine dengan pelancaran eksklusif serta baucar tambahan.
Bagi penjimatan lebih besar, pengguna boleh merebut RM10 Fashion & Beauty Flash Deals dari 12PM hingga 2PM pada tarikh berikut:
● 3 Mac: Jualan Persiapan Raya
● 10 Mac: Jualan Istimewa Raya
● 15 Mac: Jualan Hebat Raya
● 25 Mac: Jualan Akhir Raya
Rancang Rumah Terbuka Raya dengan Shopee Live
Dalam kesibukan melengkapkan persiapan rumah terbuka, Shopee Live menjadi platform inspirasi harian. Bersiaran setiap hari pada 12PM dan 8PM, hos menampilkan produk Shopee Lagi Murah merangkumi barangan runcit, fesyen Muslim, kesihatan dan kecantikan serta elektronik daripada jenama seperti ZUS Coffee, Wardah, dan PerySmith.
Pembelian melalui Shopee Live membolehkan pengguna menikmati baucar 50% Diskaun Shopee Live setiap hari, selain tawaran Shopee Lagi Murah dan RM10 Knockout Deals daripada jenama terpilih seperti Haier, Dreame dan Gintell — yang boleh digabungkan bersama Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum serta Shopee Coins untuk penjimatan tambahan. Bagi pembelian bernilai lebih tinggi, kadar faedah SPayLater 12 bulan yang lebih rendah menawarkan kemudahan pembayaran yang lebih fleksibel sepanjang musim Raya.
Mereka yang ingin menyempurnakan hidangan Raya sambil berpeluang membawa pulang ganjaran boleh menonton Khairul Aming di Shopee Live pada 3 Mac jam 5PM, di mana beliau akan berkongsi resipi sambal dan dendeng kegemaran ramai serta mengacarakan Shopee’s Eksklusif Sampul Raya Giveaway. Pada malam yang sama jam 8.30PM, Duta Jenama Shopee Mimi Fly dan Hael Husaini turut bersiaran dalam sesi langsung khas Raya yang menampilkan temu bual eksklusif serta segmen permainan interaktif sambil berkongsi cara mereka menyambut musim perayaan.
Shopee Bazar Hebat Raya
Dapatkan inspirasi untuk setiap momen Raya dan nikmati Diskaun 50% Trend Fesyen Raya, baucar 50% Diskaun Shopee Live setiap hari serta Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum — semuanya di Shopee Bazar Hebat Raya. Layari https://shopee.com.my/m/raya-sale untuk maklumat lanjut.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment